HARRY MAJU LABU SAYONG TERRITORY
decorates your house/office with the best and fine product from HARRYLABU. We guarantee you never satisfied what you got from us
New Stylish Clay Product
A luxury and exclusive claycraft from HARYLABU.Get this product and set it up at your house/office
Ancient, Luxurious and Execlusive
Purely Origin LABU SAYONG product from HARRYLABU..Get this today for nature water filter pot and ancient remedy more than 200 years ago
Thursday, November 24, 2011
Kemewahan Seni Ukiran Labu
Bagi anda yang gemarkan hiasan berupa kraftangan mewah dan elegent, corak dan hiasan ini amat sesuai untuk di hiaskan di rumah anda.
Dengan harga serendah
RM 138.00 , pasti tidak mengecewakan anda dan pastinya anda perlu menempah pada harrylabu terlebih dahulu untuk mendapatkannya kerana produk kraftangan harry pada musim cuti sekolah ini seumpama goreng pisang panas..alhamdulillah
Tuesday, March 15, 2011
Kraftangan Menggunakan Jerami Padi
Pada anda yang tidak pernah melihat, inilah dia jerami padi.
Kegunaan dia dalam pembuatan kraftangan labu sayong ialah sebagai bahan tambahan untuk membakar labu (kebiasaanya labu air)
Terdapat perbezaan yang ketara di antara labu pembakaran jerami dengan labu yang di sapukan warna hitam.
Untuk bekas minuman, hanya labu hitam jerami padi sahaja yang boleh di minum dan di buat ubat manakala labu yang di sapukan warna hitam hanya sesuai untuk hiasan dan tidak boleh di jadikan bekas minum..
Untuk mengenal labu yang di sapukan warna hitam dengan labu pembakaran jerami ialah, labu yang di sapukan cat akan bewarna kilat dan berbau toksid pewarna manakala labu pembakaran jerami pula bewarna hitam pucat seperti arang dan berbau tanah/berbau asap sedikit pada awalnya.
Wednesday, March 9, 2011
Tanya Labu di Harrylabu Consultancy
Setelah bertahun berniaga di dalam bidang kraftangan, kini pihak harry melangkah setapak lagi dengan mewujudkan Harrylabu Consultancy (Di bawah pendaftaran Harry Expert No sykt-AS0336927-D).
Untuk itu sebarang urusan jual beli di dalam internet melibatkan pihak anda dan Harrylabu, tidak perlu di risaukan dan di khuatiri kerana perniagaan Harrylabu adalah SAH dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SMM
Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan kemusykilan dan juga komen berkenaan dengan labu sayong, sila hantarkan kepada harry di rungan komen anda selepas ini. Insya-Allah pihak Harrylabu akan cuba menjawab akan isu-isu yang di kemukakan.
Tuesday, March 1, 2011
Proses Brushing dan Span Pada Bekas Pasu Labu
Nampak ianya seakan mudah tetapi percayalah, proses brushing labu hiasan memerlukan penelitian dan kepakaran untuk melakukannya.Tidak seperti labu biasa yang menggunakan spray dan nampak berkilat seperti kaca, labu konsep brushing lebih berciri elegent dan glorious pada yang sukakan klasik dan hiasan separa antik.
Setelah labu siap di bakar, ianya akan di celup dengan cairan warna "coat" pada pasu tersebut. kebiasaanya warna "coat" yang dipilih adalah bewarna hitam.
Apabila kering barulah di mulakan proses "tempekan span" iaitu menampal warna pada pasu tersebut menggunakan span.
Berus cat di gunakan dalam perlbagai saiz untuk mencorakkan warna dan hiasan yang ada pada pasu tersebut. setelah itu, campuran warna di gunakan untuk menambahkan keunikan dan cantik pada pasu yang telah di warnakan. proses ini di namakan brushing.
Hasil nya setelah siap, anda dapat melihat sendiri gambar yang dipamerkan, sungguh cantik dan elegent hiasan kraftangan HARRYLABU. Anda yang berminat, silalah medapatkannya sekarang!!!
(gambar labu di atas beharga RM 78.00 sahaja)

Malaysian Ringgit Converter














