feed it tracks

For Order and Inquiries

HARRY MAJU LABU SAYONG TERRITORY

decorates your house/office with the best and fine product from HARRYLABU. We guarantee you never satisfied what you got from us

New Stylish Clay Product

A luxury and exclusive claycraft from HARYLABU.Get this product and set it up at your house/office

Ancient, Luxurious and Execlusive

Purely Origin LABU SAYONG product from HARRYLABU..Get this today for nature water filter pot and ancient remedy more than 200 years ago

HARRY MAJU LABU SAYONG QUATATION

The best price for best customers.

Showing posts with label ezrie halfie menulis. Show all posts
Showing posts with label ezrie halfie menulis. Show all posts

Friday, January 21, 2011

AWAS TIPUAN TRANSAKSI PERNIAGAAN DARI SARAWAK.



Baru baru ini syarikat kami mendapat email dan tempahan daripada sykt BORNEO GROUP COMPANIES, NO 33, LOT 201 1ST FLOOR CITY BRIDGE COMMERCIAL CENTRE, JALAN PENDING 93300 SARAWAK NO TEL 08-2311216, Si penama Tn Hj Kamarulzaman Tan Sri Dato (tipuan 1, dah ada Tan Sri Ada Dato Lagi) Hj Idris , no tel 012-847 4333 dan pembantu penipuan bernama Pn Afiza no tel 019-866 4333 ( tipuan ke2, no tel PA belakang dia sama, ada hubungan sulit atau suami-isteri komplot penipuan?)

Pada awalnya mereka bersetuju untuk berurusniaga dengan pihak Harry, dengan kos hampir RM 10 k, (nilai releven bg syrkt mereka kononnya) dan pihak HARRY telah memberikan nilaian dan kiraan barangan termasuk kos cargo yang sepatutnya di hantar kepada mereka. Di akhir perbincangan, penipu ini mengucapkan terima kasih atas kesudian berniaga bersama..

Untuk menjelaskan lagi penipuan mereka, sms yang di berikan kepada sy adalah begini.
Sms pertama yang HARRY terima :-

012 847 4333, 8.43am (20/1/2011) – salam. Saya hj kamarulzaman drp kch (Kuching) swk berminat untuk menjadi rakan niaga produk hemaviton jreng yg di iklankan bagi pasaran Sarawak dan juga Brunei. Emailkan kepada saya senarai harga ke i.Kamarulzaman@yahoo.com/borneogrp@yahoo.com atau faxkan ke 082 311 216

Seperti biasa, pihak HARRY akan memberikan sebut harga pada mana-mana yang meminta. Pihak HARRY telah menghantar melalui email.

Msg yang seterusnya:-

012-8474 333,  11:3011am (20hb 1/2011) – salam. SAYA dan UNTIE sy darpd brunei bersetuju untuk menjadi rakan niaga produk bg pasaran kami di swk dan juga brunei dgn jumlah 100 dzn (dozen) bg produk. Smskan kpd sy no ac sdr serta jumlah produk & kami akan maklumkan sekiranya wang telah di smskan. Tk di atas peluang perniagaan ini dan sy bg pihak untie sy amat menghargainya.

HARRY membalasnya dgn sms ringkas, - sy dah send akaun no. jumlah spt yg sy nyatakan pd email. Kemudiaan memberi no akaun.

Msg kedua yang masuk pd pihak harry-

019-866 4333 11:33 am (20hb/1/2011) – askum. Sy puan afiza jelo daripada borneo group companies dan PA kpd Tuan Hj Kamarulzaman Tan sri Dato Haji idris di arah supaya pihak tuan/puan dapat sahkan semula no akaun sekejap lagi sy akan masukkan wang setelah untie en kamarulzaman drp brunei ttkan wang, slip sy akan faxkan untuk pengesahan. Tk

HARRY membalasnya dgn memberikan no faks dan no akaun. Rancangan mereka seterusnya ialah menelifon saya secara bergilir-gilir.

Pada awalnya lelaki tersebut memberitahu beliau telah mengarahkan PA nya untuk memasukkan wang kepada akaun sy namu ada masalah kerana wanita tersebut tersalah masuk, wanita itu bank in menggunakan duit brunei sebanyak 9500. Oleh kerana tersalah masuk, jumlah duit brunei jika di tukarkan kepada  RM 20. 230.56 sen. (PA yang bodoh, masukkan duit brunei, eloknya kene fired serta merta)

Kemudiaanya wanita tersebut pula call sy mengatakan ada masalah dgn transaksi. Dia ada di bank. Pihak bank berkata jika ingin tukar transaksi brunei, kene charge RM 4.78.17 sen . Lelaki tersebut dengan pun call juga beritahu dia berada di airport. So PA dia mintak HARRY advancekan dahulu bayaran charge transaksi.


Mulanya pihak HARRY terasa sgt gembira kerana dapat berurusniaga dengan jumlah yang besar nilainya buat sykt yang kecil macam harry. Tidak merasakan ragu-ragu (tak perasan mindset gembira mengawal rasional- anda yang membaca perlu berhati-hati. Org pandai pun bila time mcm ni selalu akan terkena/terjebak)

Pada mulanya HARRY memberitahu kesediaan memberikan pulangan wang yang terlebih masuk dan berjanji bakinya akan di beri kemudian. Pada khidmat pemikiran HARRY ini mungkin rezeki keluarga dan bakinya tetap akan di pulangkan. Jika pihak HARRY songlap baki duit yang ada pun, duit akan habis jugak!! Rezki yg ada tu di beri makan pada isteri dan anak-anak, tak tahu lah apa akan terjadi. Pintu neraka pun dan standby untuk org yang khianat ( jika HARRY ambil baki duit yang tersalah bagi)

HARRY menyuruh wanita tersebut menghantar msg dan no akaun.
019-866 4333 1.40 pm 20/1/2011 – salam. Ni no ac sy AFIZA BT JELO maybank 111039128508 , RM 478.17. Charge penghantaran tolak sekali nanti. Sila maklumkan jika wang telah di masukkan. Sy minta maaf atas kesulitan yang timbul. Tk

Pada masa ini, HARRY mula merasa pening, yang sebenarnya jumlah charge tu untuk apa dan siapa spatutnya yang perlu bayar. Oleh kerana HARRY telah bertahun menjalankan perniagaan Internet, rasa curiga itu ada di dalam hati. Sebabnya tidak pernah berlaku pun perkara mcm ni.

Lantas HARRY menelifon abang sendiri, C.E.O BSN di sebuah negeri (sikit punya besar ape pangkat dia..haha)

Dialog kami berdua:
HARRY: camana ni bang, dia nib la..bla…bla…( menceritakan kisah dari awal sampai hendak tlg bank in kan dulu duit)

C.E.O BSN: Apa pulak, dia yang silap, dia la yang uruskan duit RM 400 lebih tu..kamu jgn bg duit kamu..ini boleh jadi sindikit penipuan..!!

Barulah pihak HARRY tersedar yang HARRY nyaris-nyaris sgt nak masuk perangkap mainan tipuan macam ini. HARRY beristiqfar panjang-panjang berkenaan perkara ini.

Setelah mengambil masa untuk berfikir secara mendalam, HARRY call semula PA wanita tu dan memberitahu (cakap dlm bahasa inggeris, bila kita berbahasa mcm ni, nampak mcm kita ni cerdik sikit..haha. tu pun dah nak kene tipu) tak boleh memasukkan jumlah yang di minta kerana ini menyalahi peraturan sykt dan di khuatiri akan berlaku kesilapan komunikasi a.k.a penipuan.

Wanita tersebut beritahu dia akan maklumkan kepada bos dia perkara ini kerana dia pun dah tunggu lama di bank. (konon dia tunggu di bank sebab transaksi duit tersangkut utk masukkan kedalam akaun HARRY, tp tergendala kerana transaction duit dan charge menyebabkan dia tunggu di bank. Konon nak suruh HARRY masukkan RM 400 lebih tu baru duit yang dia nk beri tu masuk dlm akaun harry)

Seketika, HARRY menerima msg daripada lelaki tersebut

012-8474 333 2.05 pm 20hb/1/2011: salam sdr HARRY, jika ada sebarang keraguan di pihak sdr kita batalkan saja urusniaga ni utk mengelakkan perkara tidak di ingini. Kita berniaga bukan nak tipu sesiapa lagi saya dididik bkn supaya menganiyai sesiapa dan menghormati ssorg walaupun kita tidak kenal. Kejujuran adalah matlamat perniagaan kami.Tq

HARRY membalas msg tersebut: - ok, trima kasih kerana berurusniaga dgn sy. Moga Allah ampunkan kesalahan kita bersama.

Dan call lelaki tersebut meminta pernjelasan. Nasihat HARRY pada dia perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan I tak mau berulang pada I dan orang lain. U org berniaga dan I ada pengalaman dlm berniaga, dan trus HARRY mencabar dia jika benar ingin berurusniaga, teruskan urusniaga ini, settlekan duit charge bank yang tersangkut tu, ( cakap dlm BI dan rojak melayu. paham2 jela bila dah marah)

Tgh2 perbualan, dia menutup lelaki tersebut tutupkan Hp dia. Begitu juga dengan wanita tersebut. Sama-sama berpakat off kan hp tak hendak angkat dan jawab.

HARRY mengambil keputusan, kes ini mungkin HARRY tidak akan report polis kerana tiada sesiapa yang rugi,,nyaris-nyaris di tipu sahaja. Tetapi, HARRY nekad untuk mereportkan perkara ini di dalam internet untuk tatapan umum. Biar semua orang tahu..report kat polis pun, polis aje yang tahu..report kat dlm internet, satu dunia tahu perbuatan jahat mereka, apatah lagi nama mereka, alamat, no hp dan sbgnya pihak HARRY tonjolkan. Jika mereka kembali membuka blog harry, mereka membaca posting ini, dan merasakan pihak mereka benar, sila call HARRY dan sambungkan urusniaga kita. Andai sebaliknya, sah-sah mereka penipu yang patut di tonjolkan identity mereka.

Dan seperkara lagi, HARRY tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda di luar sana. Perkara ini harus di kongsi, agar kita, peniaga dlm internet seterusnya, pengguna di luar sana tidak terjebak dengan tipuan manusia.

Penipu ini bukan orang lain, bangsa kita! Namun oleh kerana ketamakan dunia, mencari kekayaan dengan jalan yang singkat, langsung tak kenal dosa akan perbuatan mereka ini. Moga Allah memberi hidayah pada mereka.




Sunday, January 24, 2010

Bercinta Dengan Kartini


Semasa aku di bangku sekolah menengah, komik ini sungguh dekat dengan jiwa aku. Mungkin kerana terdapat persamaan jalan cerita kisah kartini dengan realiti kehidupan aku di sekolah agama berasrama. 

Bertahun aku di asrama, pastinya banyak benda yang di pelajari, banyak ilmu yang di kutip, tidak kurang, banyak pengalaman yang di timba. Sebutkan sahaja, pelajaran, cinta, rokok, fly (lari dari asrama) keluar pekan..Semuanya bermula di sek asrama.

Berbalik pada kisah kartini, setiap bulan aku menantikan keluaran kartun bersiri ini di terbitkan Majalah Lanun untuk membaca kisah Kartini. Adakala bila aku terlepas episode, aku pergi umah kawan "pow" majalah dia baca..

Hingga pada suatu hari,member aku membeli koleksi buku ni. Aku pinjam baca. Berulang-ulang kali aku baca dan menghayati kisah ni.

Bila aku kembali ke asrama, aku terperasan buku ni di kedai mamak. Aku pun membelinya dengan tujuan koleksi peribadi..Kisah cerita ni begitu dekat dengan aku.

Monday, January 18, 2010

Sherlock Holmes versi Ezrie Halfie..





Sudahkah anda menonton tayangan gambar Sherlock Holmes? Tahukah anda Sherlock Holmes memiliki daya penyiasatan dan pengamatan yang sangat baik dan berupaya menyelesaikan banyak kes di zamannya?

Ini salah satu kisah beliau yang mampu aku kongsikan bersama..

Pada suatu hari Sherlock Holmes telah pergi ke rumah rakannya seorang peniaga. Kebetulan ada pelanggan yang datang ke kedai tersebut meninggalkan paip rokok. Si peniaga tersebut tidak mengingati siapakah empunya paip tersebut.

Kehadiran Sherlock Holmes ke kedai tersebut amat tepat pada masanya. Peniaga tersebut menceritakan kepada Sherlock Holmes adakah beliau mengenal pasti  idendititi pemilik paip tersebut.

Sherlock Holmes memegang paip dan mengamatinya. Di belek2 nya paip tersebut..Si peniaga merasa hairan bagaimanakah seseorang itu dapat di kenali hanya melalui paip rokok semata.

Seketika kemudia Shelock Holmes bersuara

" hujung paip ini lebam sebelah kiri lebih banyak dari sebelah kanan..menandakan, pemiliknya tangan kidal"
 ( menggunakan tangan kiri)

"Bau tembakau yang ada pada paip tersebut berbau wangi. Ini menandakan pemiliknya seorang yang kaya"

"Kesan gigitan yang ada pada paip kelihatan kemas dan tersusun baik..menandakan pemiliknya seorang yang segak"..

Hasil dari pengamatan beliau, peniaga tersebut dapat mengenal pasti siapakah orang yang telah meninggalkan paip di kedainya..


Sherlock Holmes versi Ezrie Halfie 


  
Pada minggu yang lepas, aku telah pergi ke sebuah klinik swasta di utara tanah air. Kedatangan aku ke klinik tersebut kerana menemani ahli keluarga ku, khumaizah untuk bersunat.

Di ruang legar menunggu, sebaris kerusi di letakkan menghadap pintu bilik Dr. Bersebelahan aku, terdapat seorang pemuda awal 20-an menunggu penuh sabar. Gayanya ada seperti mamat motor. Helmet di bangkunya ada 2 biji. Maknanya, mamat tadi datang berdua..

Aku tidak bertegur sapa dengannya kerana jarak kedudukan kerusi antara aku dan dia selang beberapa hasta.

Seketika,

Keluar seorang gadis muda dari bilik Dr, matanya kemerahan..menandakan gadis ini menangis. Kemudian dia pergi membuat bayaran di kuanter.

Aku leka memandangnya..

"ada slip kertas scan"..berkata ahli keluarga padaku. Mengandung kot..

aku terus memerhatinya..selepas membayar, dia duduk dan bersembang dengan mamat motor yang di tepi aku. Perbualan mereka berdua tidak dapat aku dengar dengan jelas, kebetulan pula loghat kedah, susah untuk aku cathcy apa perbualan mereka.

Bila aku melihat gaya gadis tadi bersembang sambil menangis dan berbahasa esak, aku dapat jawapannya..

Aku memberitahu keluargaku'

"Perempuan ni mengandung, sebelum kahwin.."

"Ish, takde lah..jangan-jangan itu suami dia tak.."

"hurm..kalau dah kawin, perempuan mana pulak yang tidak seronok jika tahu mereka mengandung, kalau tak bersedia untuk mengandung pun, tak mungkin dia menangis..aku menjawab dengan bersahaja"

"Pandai la..mamat tu suami dialah. perempuan tu isteri dia. Sangka baik la sikit" ..balas keluarga ku

"Kalau perempuan ni sudah kahwin, mana inainya..kosong"..pengamatan aku pada kali ini memang menyakinkan aku bahawa pasangan ini melakukan hubungan seks sebelum kahwin.

"betul juga, Nauzubillah..takut mendengarnya"..balas keluargaku.

Aku memikirkan pula bagaimana nasib pasangan ini pada masa hadapan. Gelagat mamat tu, seperti tidak berduit, apa yang ada padanya mungkin hanya kapchai EX-5. Bagaimana dia ingin kahwin pada masa terdekat, mana sumber yang boleh di pinjam gadai untuk kahwin.

Gadis muda itu pula, perutnya telah mula membuncit kehadapan, masa depan gelap sedang menanti mereka berdua jika tidak berkahwin pada masa terdekat, mungkin gadis ini akan trauma, bertindak luar dugaan dan pelbagai lagi mungkin boleh terjadi.

Pada anda yang berada di luar sana yang bercouple, fikirlah masa depan agama, diri sendiri dan keluarga..


Saturday, December 26, 2009

GST (Good Services Tax a.k.a Goverment Shit Tax)

Kerajaan bakal melaksanakan GST (Good Services Tax) kepada rakyat..Ternyata kerajaan yg ada skrg xberduit dan inflasi merata2..kalau negara dah takde duit pasal kerajaan yg ada rasuah dan kianat harta negara mcm mak bapak diorag yg punya, jangan lah rakyat plak jadi mangsa kene TOP UP duit yang kerajaan belasah atas nama cukai!!..GST la sgt..Kerajaan zaman Robin Hood !!

GST merupakan cukai yang dikenakan( kerajaan korup) di pelbagai peringkat atas kenaikan harga jualan barangan dan perkhidmatan yang dibeli pengguna(rakyat)

Pengguna akhir (rakyat) secara kasarnya dilihat terpaksa menanggung keseluruhan cukai yang diserahkan oleh pembekal dan pengilang kepada Kerajaan.


Pelaksanaan GST di negara ini akan memberi impak yang besar terutamanya kepada rakyat..aku bagi contoh yg mudah, jika kita makan di pizza hut, Mcd ngan kfc, Gov tax 5%, tax utk hotel dan tax hiburan (wayang dsb. Makanya jika berlakulah GST, Kilang makan, pakaian dan lain2 asasi akan turut dikenekan tax, tax ini akan di lepaskan kepada rakyat sebagai tanggungan kepada pengilang.



Thursday, December 3, 2009

Sentuhan Ezrie Halfie: Sajak berpesan





Dalam keriuhan ada kedamaian

Mendamai hati melestari perasaan

Dakapan rinduan dalam doa

Persis Cinta non-grata



Rindu salju padamu Tuhan

Tangisan sejad pada sejadah

Berkuntum sejambak gelora

Mengenang dosa silam



Subuh ini subuh terawal

Manakah tahu mati terlewat

Andai jiwa sebaik malaikat

Tentu hati tiada karat


Berpesan-pesan pada alam

Di sini aku pernah bertapak

Beringat-ingatkan pada teman

Di dunia ini kita melepak

Berpesan-pesan pada hati

Nanti pasti aku kan mati

Meninggalkan pesan pada semua

Jaga diri, jaga peribadi

Selamat tinggal nan abadi

Tuesday, December 1, 2009

Riang Lelah Memanjat Pokok..


Hujung minggu yang lepas, aku pulang ke kampung untuk beraya Aidiladha..kebetulan mempunyai masa lapang, aku pergi ke kampung brader Jumat. Orang lama membuat labu sayong..

Kedatangan aku disambut dengan mempelawa aku menikmati buah-buahan kayu..(rambutan,manggis dan langsat).

Aku memandang 135 darjah keatas, melihat pepohonan yang lebat dengan buah2an..merah saga buah rambutan dan kuning emas langsat mengiurkan pengguna alam. Dengan bunyian riang serangga kecil dan burung, cukup menenangkan hati yang kusut bekalan dari ibukota . Jika di ibukota, hutan batu merata-rata, di kampung aku hutan alam luas terbentang damai nan indah.

Di hamparan tanah pula, buah-buahan yang berguguran busuk, kontang isi manggis, langsat yang merekah gugur. Rezeki alam seperti ini dikongsi bersama manusia dan haiwan..putarannya seperti negotiate berupa rantaian makanan.

Tidak pula aku tahu mengapa di gelarkan buahan tempatan sebagai buah hutan. Yang aku tahu buah2 macam ni sedap di makan..

Amik la banyak mane pun kamu ndak" abg jumat mempelawa aku bersahaja.

Aku merenung dia, sesekali menjeling ke pokok yang setinggi tiang elektrik.

Kome panjat jela senang' getus abg jumat seolah faham apa yang aku fikirkan..

Kebetulan pula pokok manggis berayun di tiup angin seolah melambai-lambai pada ku. Pakaian yang membaluti tubuh aku putih semuanya. Demi manggis, aku buat derk jela..kalau kotor boleh basuh..


Pokok Manggis Berpenunggu!!

Aku merenung manja pada pokok manggis ini, buahnya di hujung julai, susahnya hendak ambil, suka atau tidak, aku kena panjat pokok ini tuk merasa buahnya..

Melihat pokok ini, terkenangkan di kala aku berusia belasan tahun, cukup suka panjat pokok manggis. Makan buahnya di atas dahan.

Buah manggis ada ragamnya yang tersendiri, pantang jejak tanah..jika buah jatuh di tanah pada masa yang tertentu, buahnya akan bertukar menjadi keras (jadi batu kata org tua) dan masam2..kulitnya berubah warna menjadi coklat.

Aku menarik nafas dalam-dalam, membaca bismillah kemudiannya mula memanjat pokok manggis, beg plastik aku singgulkan di pinggang aku. Buah yang telah di petik, aku masukkan ke dalam beg.

Aku bertambah asyik memanjat pokok, bergerak lagkah demi langkah..memegang dahan dengan teliti..

Matahari mula mendongak ke langit bermakna tengah hari sudah menyinggah . Hairan pula bagi aku dahan-dahan dan ranting-ranting seakan-akan lembab. Kemudian ada setengah kawasan ianya menggerutu kehitaman pula..

Terfikir sejenak, mengapa pula begini. Aku terus memanjat ke dahan seterusnya. Ada habuk-habuk jatuh dari celahan dahan. Juga bewarna kehitaman..

Barulah tersedar, dah lama tak balik kampung, dahan pokok menjadi tempat tidur ayam kampung. Rupa-rupanya yangdahan yag di pegang bewarna hitam itu, ada kesan-kesan tahi ayam..eii..dah lama sangat aku tak kene tahi ayam..ni dah kena pulak dah.

Tengok pada kaki, pun terkene tahi ayam..hilang selere akan nak panjat lagi. Tak menunggu lama, aku pun trus turun ke bawah..malas dah nak pijak dahan yang ada tahi ayam.


Penangan Langsat

Amik la galah tu, kait buah banyak mana kamu ndak' abg jumat mempelawa aku macama aku reti je guna galah buluh. Nak pegang pun tak berapa reti ni pulak nak gunakan untuk mengait buah.

Pokok langsat ni, batangnya memanjang ke atas, kemudian baru ada dahan yang halus. Aku bagitahu dekat abg jumat, aku tak reti menggunakan galah. Lalu di suruhnya aku panjat. Sekali lagi aku mengeluh. Penat tu..!

Dek kerana mengenangkan kalaulah aku dapat buah langsat ni satu plastik, boleh aku bahagi kepada keluarga dan lain-lain, aku pun mula memanjat. Tak sampai lima minit aku panjat dah pancit. Dahan dah la halus, walaupun dikatakan dahan langsat liat, tapi aku masih ketakutan kerana berat badan aku ni tidak semesra pokok. Takut tak pasal-pasal aku jatuh.

Aku dapat kumpul setengah plastik sahaja. Kemudia aku turun kebawah..Risau juga duduk atas pokok ni lama-lama. Maklum lah, aku bukannya muda lagi..

Bila aku turun dari pokok, abg jumat pulak naik keatas..Tong cat kosong di ikat dengan kemas pada tali. Bila dia berada di atas, buah yang di petik diletakkan ke dalam tong. Cara begitu lebih mudah daripada mengikat plastik pada pinggang.

Alhamdulillah, dapat penuh satu bekas tong..hasilnya aku bawak balik dan kongsi beramai-ramai.

Selepas ni, mungkin aku akan terfikir banyak kali kalau hendak panjat pokok bersusah payah, kena tahi ayam ngan lenguh-lenguh satu badan atau hanya beli sahaja di pasar RM 2.50 tuk satu kg.

Tuesday, November 17, 2009

Sentuhan Pena Ezrie Halfie: Palestin Aku Bermimpi


Malam ini

Aku bermimpi lagi

Obor api menerangi

Bumi suci lagi diberkati



Cahaya kemenangan di horizon timur

Tidak pantas ia kusam

Laungan takbir gegak gempita

Pecah sunyi hening subuh



Air mata nan jernih

Darah syuhada yang mewangi

Hawa badai kasturi

Cinta ku bersemi di Palestin



Malam ini

Aku terjaga lagi

Sepi nan syahdu

Remuk rabak nurani

Aman Palestin mimpi sunyi

Silih waktu berganti hari

Tuesday, July 21, 2009

Siri Sastera Moden: Ramadhan Datang Penuh Dengan Cinta


Ramadhan datang penuh dengan cinta, jutaan tempayan ( labu air)  menanti dengan senyuman. Beragam terpaan angin mendatang langsung tak bergetar. Alas yang tak kuat, menggoyang hendak jatuh ke dataran. tempayan yang kosong, hanya mampu bertahan sekejap. Bergetar, lalu pecah ke asalnya. Terhampar, berserak dan luluh tiada bentuk. 

 Tengoklah sejenak tempayan (labu air) yang memiliki isi, tergetar dalam terpaan angin tak diundang. Namun ia mampu bertahan. Isinya membuat jasadnya yang rapuh mampu bertahan dan berdiri tegak.

Bulan penuh cinta, mengisi tempayan (labu air) kosong untuk sentiasa kukuh berdiri. Cinta yang tersebar lewat udara. Membawa zarah-zarah yang menyejukkan jiwa. Tempayan ( labu air) yang terpakai isinya kembali penuh dan siap digunakan. Akan tetapi isinya tak serta merta dapat digunakan. Ada orang memperihal, isi tempayan ( labu air) yang agak lama akan lebih segar terasa dan banyak manfaat. Kerana bentuk-bentuk sekitarnya yang menjadikan ia lebih bermanfaat dalam rasa yang berbeda.

 Bulan penuh rahmat, menjadikan tempayan ( labu air)  itu penuh kasih dan sayang. Terbuka untuk diisi dan siap digunakan demi manfaat. Baik yang baru terisi ataupun yang agak lama terisi. Semuanya berlumba menampilkan tampilan terbaiknya. Mengharap penuh barakah dan rahmat bagi manusia. 

 Sesaat tempayan ( labu air)  mengering, terjemur matahari yang menyengat kering kontang. Namun ia tetap sejuk dan dingin karena isinya yang penuh. Siapa saja yang bertandang pasti menemukan kesejukan. Meski terbuat dari bentuk yang rapuh, namun jika ia terisi penuh ia akan kukuh bertahan. Meski ujian angin dan hujan badai menerpa…

 Tempayan ( labu air)  adalah hati kita, yang terpakai isinya setiap saat dalam helaan nafas kita. Hati yang mencerminkan keadaan jiwa seorang insan. Tubuh yang rapuh jika memiliki hati yang kuat ia akan mampu berjuang dan melakukan beragam hal yang manfaat. Tak ternistakan perjuangan para sahabat ketika berjihad melawan kaum  kafir, dengan jumlah yang minima mereka mampu melawan dan mengalahkan para kaum kafir, semua tentu terjadi atas kekuatan hati mereka dalam keimanan kepada Dzat termulia. Ramadhan selain bulan untuk berjuang juga bulan mengecas ruh dengan semaksima mungkin. Muhasabah diri demi meningkatkan kualiti keimanan dan amalan soleh menjadi isi bagi hati kita. 

 Hati yang penuh dengan keimanan, akan terasa sejuk meski ujian menerpa. Mampu bertahan dengan kekuatan yang ada. Sentuhlah tempayan( labu air)  yang terisi apapun itu, baik air ataupun tanah… ia akan terasa dingin dan tak mudah goyah. Jika berisi air ia akan terasa segar, jika berisi tanah ia mampu menjadi tempat tumbuh makhluk Allah yang lain. Semoga hati – hati kita tak serapuh tempayan kosong, namun kukuh dan semakin kuat karana ia terpelihara oleh alam dan ujian yang terlihat lewat kacamata keimanan.

 Ramadhan penuh makna, ramadhan penuh cinta, ramadhan penuh berkat dan rahmat, ramadhan penuh keajaiban, akankah terlewat dengan tempayan yang terus kosong???

Wednesday, July 15, 2009

Surat Rasmi Untuk Berpoligami



Suami bin Lelaki

81, Bukit Mahkota , 

Bandar Bru Bangi 
Selangor. 


Isteri binti Perempuan
81, Bukit Mahkota , 
Bandar Bru Bangi 
Selangor. 

1 Julai 2009 

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalamorganisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada
isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan
penerima. Kalau anda berani dan tak takut mati,cubalah....

Tuesday, July 14, 2009

Coretan Sastera: Persisma Idealisma dan Delima


Kipas usang bilik tersebut berputar dengan bising. Habuk berterbangan merata-rata. Bau hapak dan berdebu menusuk hidung Salman. Pastinya, sudah lama benar bilik ini tidak digunakan. Salman melangkah lemah menuju ke meja yang berada di tengah-tengah bilik, lalu duduk di atas kerusi plastik yang dilapisi debu dan habuk yang tebal.

Hampir lima minit, Salman memeriksa jam tangan lapuk warisan bapanya, sebelum seorang lelaki berbadan tegap bermisai kontot, barangkali lingkungan awal 40an, memasukki bilik tersebut dan mengambil tempat di hadapan Salman.

"Assalamualaikum," ucap Misai Kontot.

"Waalaikumussalam."

"Bagaimana rutin harian kau hari ini?" Kau, relaks, tidak perlu formal, seperti rakan sebaya. Misai Kontot melakar bentuk 'perbincangan' mereka hari ini. Ada pegawai yang akan berbahasa formal, ada yang berbahasa kolokial, ada yang menggunakan dialek. Masing-masing mempunyai motif mereka sendiri untuk belaku sedemikian.

Salman ketawa kecil. "Mengapa pula kau hendak tanyakan pada aku? Bukankah rakan-rakan kau di tempat ini yang mengarang rutin harianku? Kau berkata-kata seolah-olah pendapat aku ada nilai pada orang-orang seperti engkau."

Misai Kontot sudah bersedia dengan respons Salman. Gaya Salman yang yakin tidak mengganggu rancangannya. Sudah bertahun-tahun dia bekerja di Pusat Tahanan Perlindungan dan bertemu dengan pelbagai ragam tahanan.

"Ah, kau pesimis. Terlalu pesimis. Kehadiranku di sini sebenarnya memang untuk menduga pendapat dan pandangan engkau." Buku 555 kecil bewarna kuning luntur diletak di atas meja. "Salman, engkau meminati sastera?"

"Sastera?" tanya kembali Salman. "Ada juga aku cuba membacanya. Sastera tempatan, sastera Indonesia mahupun sastera antarabangsa. Namun mungkin daya intelekku agak terhad, kerana aku jarang dapat menghabiskan buku-buku sastera yang bersepah di rumah. Bapaku minat karya Achdiat Kartamihardja, Shahnon Ahmad, namun aku mendapatinya sukar untuk ditafsir dan dibaca. Aku bercita-cita membaca karya-karya Albert Camus, Jean Paul Sartre dan Goethe,
namun belum berjaya."

"Jadi sastera klasik pun bukan menarik minat kau?" Misai Kontot mengeluarkan sekotak Malboro berisi separuh berkedut seribu dan dinyalakan sebatang rokok yang terus disumbat kedalam mulutnya. Dengan berisyarat, Salman ditawarkan juga peluang menikmatinya, tetapi
Salman menolak.

"Tahulah aku sedikit sebanyak. Namun belum pernah rasanya aku habis membaca hikayat-hikayat klasik di dalam bentuk aslinya."

"Apa-apa pun," kata Misai Kontot, "Pasti kau sudah tahu pertarungan lagenda Hang Jebat dan Hang Tuah?"

Sememangnya Salman menduga soalan itu akan timbul. Pengalaman-pengalaman mangsa yang lepas, termasuk apa yang digarap oleh Rehman Rashid di dalam A Malaysian Journey mendedahkan bagaimana psikologi dan pemikiran para tahanan dinilai dari respons mereka mengenai dua tokoh lagenda Melayu klasik tersebut. Salman mengangguk.

"Jadi, antara Jebat dan Tuah, siapa yang engkau fikir betul? Adakah engkau peminat Jebat atau Tuah?"

Mungkin dengan gaya seorang filosuf, Salman menggaru-garu beberapa helai janggutnya, sebelum bersuara.

"Aku tidak merasakan Tuah betul, kerana dia seorang apparatchik Melayu yang stereotaip, kesetiaannya kepada Sultan mengatasi perasaannya terhadap ketidakadilan terhadap dirinya sendiri, mengatasi semangat setiakawannya dan imannya. Dia tidak punya pendirian, cuma tahu menjadi boneka mainan raja yang setia menurut perintah dengan menololkan dan menghaprakkan dirinya."

"Engkau idealis…" kata-kata Misai Kontot dipotong oleh Salman.

"Nanti dahulu, aku belum habis menyuarakan pendapatku. Tidak pula aku menyokong Jebat membuta tuli. Dia merampas gundik-gundik Sultan yang dijadikan wanita memuaskan nafsu dirinya pula. Matlamatnya murni, caranya silap. Mungkin tindak-tanduk Tuah dan Jebat mempengaruhi Nicolo Machiavelli untuk mengarang The Prince atau kelakuan Otto Van Bismark dengan ideal realpolitiknya, yang menjadi kiblat pemerintah-pemerintah hari ini."

Misai Kontot tersenyum sinis. "Jadi engkau mengambil jalan tengah? Engkau tidak punya pendirian mengenai isu ini, sedangkan kau bersemangat benar mengkritik segala-galanya."

"Simpatiku ada pada Jebat. Tindak- tanduknya adalah anti-thesis kepada budaya bangsa Melayu waktu itu, yang terlalu menekankan kesetiaan buta kepada pemerintah. Aku kagum keberaniannya, aku berkongsi perasaannya. Tetapi di dalam konteks aku, aku melihat tindak-tandukku harus dilatarkan kepada kerangka imanku, kerangka pendirianku. Aku tidak sanggup
membunuh untuk merealisasikan matlamatku."

"Jika begitu pandangan engkau," Misai Kontot mengembuskan asap tebal ke ruang diantara Salman dengannya. "Mengapa kau sanggup mempertaruhkan masa hadapan kau untuk terlibat di dalam aktiviti subversif? Kau sepatutnya tumpukan perhatian kepada pelajaran, suarakan pendapat menerusi saluran-saluran establishment, bukan melibatkan diri di dalam tindak-tanduk anti kerajaan."

Salman ketawa berdehak-dehak. Ketawanya makin menjadi-jadi hingga matanya berair kerana terlalu kuat ketawa. Misai Kontot mencebik muka dan hendak mengherdik Salman apabila Salman tiba- tiba bersuara sekali lagi. "Kau tahu, aku sedih dan kelakar. Sedih dan kelakar kerana punya orang-orang berfikiran sempit menggerakkan jentera negara. Orang berfikiran sempit yang kononnya berkhidmat untuk rakyat."

"Bukan berfikiran sempit," bantah Misai Kontot. "Tetapi realis. Aku bukannya merasakan tindak tanduk pihak pemerintah seratus peratus betul, namun aku sedar perubahan hanya dapat dilakukan dari dalam. Aku tidak sanggup mempertaruhkan kesatuan bangsa, keselamatan negara dan kestabilan politik untuk menegakkan pendirianku."

"Dan pada masa sama melacurkan keadilan dan kebenaran rakyat?" Salman bertanya dengan penuh semangat.

"Aku tidak nafikan, mungkin ada sedikit- sebanyak ketidakadilan di negara kita. Tetapi kosnya sedikit jika dibandingkan dengan dasar-dasar progresif dan berwawasan yang dilakari pihak pemerintah. Kau mahu menyalak bising mengenai seorang dua individu yang menjadi mangsa sistem, sedangkan masyarakat keseluruhannya mendapat manfaat yang banyak. Kita tidak dapat memuaskan hati semua, Salman. Jangan engkau terus dibuai mimpi-mimpi kosong tersebut, negara utopia dimana semua dasar dapat diterima rakyat adalah negara mustahil didirikan."

"Kau tersilap, aku bukan idealis buta yang tidak berpijak pada realiti. Aku tidak bermimpi! Aku tahu tentang kenyataan! Individu penting. Sanggupkah engkau menjadi individu yang menjadi korban sistem tersebut? Tidak bukan? Masyarakat dibina dari unit-unit individu. Tiada sesiapa wajar menjadi mangsa sistem!"

Misai Kontot menumbuk meja sehingga mengejutkan Salman. "Engkau bodoh! Apa yang engkau tahu? Kau lahir di dalam keluarga kelas pertengahan, yang lahir hasil dasar-dasar pemerintah. Kau dari golongan borjuis, dan engkau mendabik dada tentang perjuangan. Aku dari keluarga susah, bapaku peneroka di ladang Felda, dan aku tahu apa erti kesusahan. Sudah banyak kali aku bertemu orang-orang seperti engkau - borjuis, mewah, muda dan idealistik. Konon membela rakyat, sedangkan orang-orang poseur seperti engkau tidak tahu apa itu erti menjadi rakyat marhaen seperti aku! Idealisme, perjuangan -semua itu untuk golongan-golongan haprak yang mudah lupa seperti engkau. Aku mengerti akan jasa-jasa pemerintah, aku tahu bersyukur!"

Meskipun sedikit terkejut dengan gaya Misai Kontot yang sudah berapi-api, Salman tetap bersuara. "Ya, aku borjuis. Tetapi ramai rakan-rakanku, yang juga idealistik, yang juga mempunyai tassawur seperti diriku, yang berasal dari desa, dari marhaen. Ya, keluarga kau mendapat manfaat dasar-dasar pro-marhaen dan pro-desa yang dipraktikkan tahun-tahun 70-an dahulu. Ketika itu negara kita, meskipun tidak sempurna, menghormati undang-undang. Keluhuran perlembagaan dipegang kukuh.Tetapi bagaimana kini? Betapa banyaknya tanah-tanah Felda menjadi habuan buat pemodal-pemodal bangsat yang merompak peneroka-peneroka? Betapa begitu ramai penoreh-penoreh getah di estet-estet menerima upah yang sangat menyedihkan,dan tinggal di dalam keadaan yang cukup memalukan? Mana erti wawasan yang engkau warwarkan? Cuba lihat betapa banyak kaum pribumi di Sabah dan Sarawak yang hilang warisan mereka, yang hilang tempat pergantungan mereka kerana dasar-dasar pemerintah yang engkau pertahankan itu. Aku melihat jauh melangkaui propaganda-propaganda murahan kerajaan. Kini era persejagatan, rakyat semakin ramai akan bertanya. Dan semakin ramai rakyat bertanya, semakin desperado taktik pemerintah demi survival mereka. Orang-orang seperti aku - mahasiswa yang kerdil, turut ditakuti! Dan syukurku aku simpan pada Ilahi. Ya, aku berterima kasih kepada pemerintah atas jasa-jasa mereka, tetapi terima kasih bukan ertinya aku buta!"

"Ah, buang masa aku dengan engkau!" Misai Kontot mendengus kebengangan. Beliau memicit rokok yang masih berasap di atas meja kayu usang dan bangun meninggalkan kamar tersebut. Mukanya merah padam, marah dan malu. Egonya tercabar. Beliau telah menahan tokoh-tokoh ugama, politikus-politikus berpengalaman dan aktivis-aktivis yang sudah berumur, namun belum yang begitu bersemangat bertekak dengannya sebagaimana Salman. Inilah ancaman
mahasiswa, fikirnya sendiri. Mereka mungkin muda, kurang pengalaman; namun begitu bersemangat, idealistik. Tetapi mahasiswa-mahasiswa sebelum ini semuanya lemah longlai apabila diserang secara psikologi. Dia memikirkan pendekatan untuk meneutralkan Salman. Bukankah pada akhir hikayat Hang Tuah,Jebat dibunuh jua?

Sunday, July 12, 2009

Raut-Raut Hanyut Pemimpin Kita




Firman Allah s.w.t.

Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru

(manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. (al-Qasas:41)

 

Lihatlah gelagat juak-juak ini di atas.Inilah barisan pimpinan negara.Idola bagi mereka yang memperjuangkan bangsa, agama dan negara kononya. Bukan main suka lagi menari menghayunkan badan dan pinggul mengikut irama lagu.Ada pulak yang kaki tonggang!!(gambar tambahan)

Penonton di bawah stage mungkin tumpang gembira, bergelak tawa dan menepuk-nepuk tangan mengikut rentak gendang.Bangga agaknya pemimpin mereka pandai menari poco!!

Entah apa yang diperjuangkan sangat, aku tidak tahu di mana sudahnya.Kemana hendak dibawa, kemana hendak pergi jika Islam tiada dalam kehidupan.

Hendak memperjuangkan bangsa Melayu, ekuiti bumiputera sebanyak 30% pun dah dimansuh. Jika dahulu Tan Sri Khalid Ibrahim hendak memasukkan bukan bumiputera ke dalam uitm, berbondong-bondong mahasiswa di sana bedemontrasi mempertahankan hak melayu.

Isu penghapusan koata bumiputera lagi teruk dan parah jika di fikirkan.Tiada pula si SENGAL-SENGAL dari UITM Shah Alam yang berdemontrasi mempertahankan hak melayu!! Bodoh punya Mahasiswa..

Sudah 50 tahun Malaysia, bangsa cina melangkau terlalu jauh untuk di kejar, manakala bangsa India dan yang lain mengekori rapat bangsa melayu.

Hendak dibanggakan dengan pembangunan, apa, di Kuala Lumpur tu yang terpacak-pacak tu, melayu punya ke?

Bangunan mega tu, melayu punya ke?

Apa yang melayu ada? Benar..memang melayu ada.Aku tidak boleh hipokrit dalam hal ini.

Melayu masih ada harta di Kuala Lumpur.

Ya, Kampung Melayu dan Kampung Pandan.Tepat sekali jangkaan anda!!

Lihatlah umat melayu di perkampungan sana, umpama menumpang di tanah air sendiri.

Semuanya kerana jasa-jasa mereka di singgahsana.Jasa merekalah yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara hingga melayu terperosok di celah kota!!!

Sejarah kampung Melayu bermula di sini.

Allahyarham Tun Razak bersusah payah mendirikan kampung baru pada era 70an. Ini kerana ingin mengimbangi populasi kaum Cina yang tinggal di pekan.Pada masa itu, orang melayu mula tinggal di bandar.Rumah mereka pada masa itu ala-ala setinggan(sekarang mungkin ada lagi).

Di janjikan Tun Razak kepada penduduk melayu yang tinggal pada ketika itu, beliau akan memberi geran tanah kepada mereka.Sayangnya Tun Razak telah pergi ke Rahmatullah.Janjinya tidak sempat tertunai..

Berbalik kepada cerita asal,  

Rata-rata mereka ini (gambar ) memperjuangkan bangsa, maka aku menggelarkan mereka ini sebagai golongan bangsawan.

Pernahkah anda terbaca kisah nasihat dan pedoman yang diambil dari Alquran yang memperihalkan golongan bangsawan.

Bermula dari zaman Nabi Nuh a.s sehingga Muhammad s.a.w,golongan bangsawan (seperti gmbar di atas) yang bermati-matian tidak mahukan agama sebagai fitrah jalan kehidupan.

Sebagai mana di ceritakan pembesar-pembesar negara tidak mahukan islam, begitu juga pembesar-pembesar kita. Mereka (bangsawan) akan menggunakan kuasa dan pangkat untuk mempengaruhi rakyat dan golongan bawahan untuk menolak fahaman agama.

Pemimpin inilah di dewakan oleh sebahagian rakyat yang taksub dan jumud dengan kebangsaan.

Antara waras dan terleka, rakyat (umat islam) terlupa dan tidak mengerti,bahwa pada hari pengadilan mereka akan ditanya oleh Allah s.w.t akan pemimpin yang mereka ikuti di dunia.

Firman Allah s.w.t.

(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat 

dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan

kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya

sedikit pun.(al-isra: 71)

 

Firaun sebagai pemimpin akan mengetuai pengikutnya (yang menolak nabi dan agama) ke dalam neraka.

Dan mungkin gambar-gambar di atas, sekapal dengan firaun.

Anda sangka golongan ini prihatin dengan anda yang bergelar rakyat marhein?

Adakah anda berharap golongan ini yang akan membela anak bangsa melayu agama Islam ini daripada murtad.

Adakah anda menyangkan golongan ini disebutkan dalam Al-quran dan Hadis sebagai pemimpin yang akan memimpin umatnya ke syurga?

Penyesalan di Akhirat


Di akhirat nanti, berlakulah penyesalan bagi rakyat yang mengikut pemimpin mereka secara membuta tuli.Namun, apalah gunanya lagi!!

Semasa di dunia, memperlekehkan agama dan menghalang sunnah nabi menjadi ikutan, mengikut fahaman-fahaman nasionalist yang di ada-adakan oleh Yahudi untuk menyesatkan umat islam. Memperlekehkan golongan agama dan Ulama.

Sebenarnya, golongan bangsawan seperti di atas yang mengajar rakyatnya menolak agama dan ulama. Lihatlah di media televisyen dan saluran radio.Dakwaan politik tiada dalam agama, hukum islam menindas, ekonomi islam (tiada riba) tidak mampu bersaing di peringkat global.

Rakyat yang kurang berilmu,dangkal fikirannya dan cetek pengetahuannya, akan menerima bulat-bulat apa sahaja yang diperkatakan oleh si pemerintah.

 

Firman Allah s.w.t:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi

pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan,

(yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan

orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika

kamu betul-betul orang-orang yang beriman. (al-maidah :57)

 

Peringatan awal sudah digazetkan di dalam Alquran, maka tunggulah di akhirat nanti,menyesal sudah rakyat yang menyokong pemimpin seperti di atas semasa di dunia.Maka, mengadulah mereka kepada Allah s.w.t dalam firmanya,

Dan mereka berkata : "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah

menaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan

kami dari jalan (yang benar). (Al-ahzab 67)

Mengadu pada Allah, mengadu juga,tetapi semasa di dunia..SIAPA SURUH MEMANGKAH (UNDI)MEREKA ?

Lu pikir la sendiri!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Friday, July 10, 2009

Tokey Lintah dah Masuk UIA






Kalao kaorang nak tau, ni salah sorang tokey lintah tersohor kat parit sulong, Batu Pahat. Glamer gak mamat ni, anak sedara nash (artis) la katakan.Umo tak sampai pun lagi suku abad but dah ada perniagaan sendiri.

Pada awek-awek yang membaca post ni, gi la ngorat n tekel dia.Kaya budak nih.Ngan syarat korang kena la jenis solehah-solehah sket.But bila dah dapat tekel mamat ni, komesyen 20% kene bagi kat aku.Sebab aku broker dia kat korang..ahaks

Pada brother-brother yang nak lintah(buat minyak) kontek mamat ni.Setakat 2, 3 kilo tu, tak ada hal punya.Pasti terangkat..LU PIKIR LA SENDIRI!!

Tahniah anep..dah masuk uia.Sampai ati kao tinggalkan aku sensorang kat luar.Janji tinggal janji pham!!haha
Jumpa nanti kat KL..

Thursday, July 9, 2009

Terkenangkan Diana





Tajuk di atas terasa lucu pulak.Serius, aku benar-benar terkenangkan dia.

Merasa bosan kerana tekun bekerja, sesekali aku membuka you tube.Entah kenapa aku nak tengok wedding putri diana dengan putera charlie(nama manja charles).

Wah, meriah sekali royal wedding!!.seluruh england meraikan hari perkahwinan mereka.Memang serasi sengat pasangan ini pada masa itu.

Krisis istana dan rumah tangga menyaksikan puteri Diana berundur dari charles dan istana.

Mundar-mandir dan bebas si puteri ni bila meninggalkan istana dan charlie.Mencari-cari si pendamping dan pendamai hati.Kali terakhir berkenalan dengan Dodi al Fayed.Nyaris-nyaris dah nak masuk Islam puteri ni.


Jika 16 tahun dahulu (1981) perkahwinan putri Diana diraikan dan di sorak riang, tanggal 31 Ogos 1997 di ratapi pula dengan nyalaan lilin dan jambangan bunga padanya.


Tragedi yang tidak dipinta oleh diana dan dunia, peristiwa 31 Ogos 1997 menyaksikan puteri malang ini meninggalkan William,Harry dan dunia.

Kematian dia ditangisi seluruh masyarakat England.Rata-ratanya menyalahkan charlie,istana dan paparazzi atas apa yang berlaku ke atas puteri kesayangan mereka..Kini 2009, hampir 12 tahun Diana tiada di mata dunia.Kenangan kehidupan beliau tetap diingati bagi peminatnya..

Tanpa hipokrit, mungkin aku salah satu dalam berjuta yang meminatinya.



(England Meraikan Lady DIANA SPENCER)



(England Meratapi DIANA-Goodbye England ROSE

Goodbye England's rose
May you ever grow in our hearts
You were the grace that placed itself
Where lives were torn apart
You called out to our country
And you whispered to those in pain
Now you belong to heaven
And the stars spell out your name

And it seems to me you lived your life
Like a candle in the wind
Never fading with the sunset
When the rain set in
And your footsteps will always fall you
Along England's greenest hills
Your candle's burned out long before
Your legend never will

Loveliness we've lost
These empty days without your smile
This torch we'll always carry
For our nation's golden child
And even though we try
The truth brings us to tears
All our words cannot express
The joy you brought us through the years

And it seems to me you lived your life
Like a candle in the wind
Never fading with the sunset
When the rain set in
And your footsteps will always fall you
Along England's greenest hills
Your candle's burned out long before
Your legend never will

Goodbye England's rose
May you ever grow in our hearts
You were the grace that placed itself
Where lives were torn apart
Goodbye England's rose
From a country lost without your soul
Who'll miss the wings of your compassion
More than you'll ever know

And it seems to me you lived your life
Like a candle in the wind
Never fading with the sunset
When the rain set in
And you footsteps will always fall you
Along England's greenest hills
Your candle's burned out long before
Your legend never will

Wednesday, July 1, 2009

Gaji Mereka Yang Berkuasa di Dunia Sementara




Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong


Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400 .

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ...

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10, 847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.
Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Sunday, June 28, 2009

Seharian Bersama Micheal Jackson.


Minggu ni aku balik ke kampung kerana ada urusan peribadi yang perlu diuruskan.Business labu sayong pun bulan ni ada tempahan namun masih belum siap sepenuhnya.

Memandu kereta beratus kilometer adakala membosankan.Sesekali menguap, menoloh ke kiri dan kanan. Jika terasa mengantuk, pedal minyak aku tekan lebih skit dari kebiasaan.Tak payah aku ceritakan berapa laju tapi, kalao ade speed trap, memang kantoi la bulan ni.

Kebiasaannya, apabila bosan melayan lagu dari cd, aku mula membuka siaran di radio.Radio yang aku dengar tentunya IKIM FM. Bila stesen radio tersebut mengumandangkan azan dan perdengarkan bacaan al-quran, zikir dan nasyid evergreen, terasa tenang di hati ini.

Bila kereta aku mula lalu di hgway (perjalanan aku dr jitra ) ke Parit buntar,chanel ikim mula sengau lalat bunyinya.frekunsinya dah bertukar.Aku pun malas nak mengubah2 chanel radio aku.Lantak jela bunyi apa pun yang kelaur janji aku layan dan tak ngantuk udah.

Radio dlm kereta aku, drpd ikim fm bertukar chanel kpd stesen omputih light&easy fm. Best jugak canel ni. Kalao nak dengar lagu2 yg ringan dan sentimental, canel ni mmg sesuai.

Chanel radio ni plak berulang-ulang kali siarkan lagu micheal jackson. Aku merasa pelik jugak cz lagu-lagu micheal jackson yang di mainkan hari ni banyak sangat spt billie jean, thriller, beat it, childhood n banyak lagi di mainkan.

Aku merasa pelik pun ada. "hari ni hari micheal jackson ke"? monolog hati aku merasa kan seperti sesuatu.Aku biarkan sahaja hati aku bertanya-tanya.

Keesokan harinya, aku nak pegi ke labour labu, seperti biasa naik kete pasang radio. Kali ni radio mix fm( kalau tak silap aku).Pun pasang micheal jackson juga..Sekali lagi aku kehairanan.

Bila dah balik kerja kat opis. Bukak newspaper online, barulah aku tau Micheal Jackson dan mati.

Rasa terkejut tu memang ada cz aku ni fans jugak kat dia. Video clip moon walk dia n perform life dia banyak jugak dalam pc aku.tau-tau dia dah mati.

Aku buka blog orang lain. Mereka memberikan komen, Patutkah Micheal Jackson di Hadiahkan AL-Fatihah? ini kerana sebelum ini ada sumber tabloid britain mengatakan micheal jackson memeluk islam pada satu majlis di rumah temannya tahun 2007.

Komen dan pendapat yang di berikan oleh mereka, aku membaca dan menerima hujah mereka dengan bersahaja.

Ada yang mengatakan dia islam, ada juga ambil pndpt dr abgnya joe jackson(kalao tak silap ) yg peluk islam, May Allah Bless HIM! .Kata abang micheal jackson.Ada kata maybe kes micheal jackson nanti akan spt putri diana. Huh!! hujah ni tak masuk akal langsung.

Pendapat aku, untuk mengatakan identiti agama micheal jackson, kalau dia benar-benar peluk islam dan beramal dengan islam,dah lama dah dia akan beramal cz dia duduk di bahrain agak lama. Hampir setahun (2007) dia duduk di sana kerana kes dia ehem ehem dengan budak.

Tidak ada video dan gambar yang menunjukkan micheal pernah menjalani amalan ritual agama Islam. Yang ada hanya pakai pakaian tudung hitam sewaktu membeli belah!. Jika ada walau sekeping pun gambar yang menunjukkan micheal ni kat masjid, duk bersembahyang berjemaah ( aku pernah melihat gambar mike tyson solat berjemaah)n buat lagu berunsurkan islam dan nasihat, baru aku terasa yakin nak hadiahkan fatihah kepadanya.

Penghujung 2008 dan awal 2009 yang baru ini, Micheal Jackson membuat comeback, konsert jelajah ke serata britain. Dalam konsert-konsert dia, aku tengok sama je dia dulu dan sekarang. Tak nampak pun tanda-tanda keislaman dia.

Korang pulak bagaimana? ada nampak tanda2 keislaman dia? Pernah membaca artikel/video tentang komen dia mengenai Islam? tak ada kan.Yang ada hanya dari abang dia..

Micheal Jackson telah pergi meninggalkan nama dan insudtri musik tanah air. Pada yang merindukan micheal jackson, mungkin impersonator paul rizzo dan joby rogers (cari dlm you tube)boleh melepaskan rindu seketika pada Micheal Jackson.

Akhir kata dari aku,
So long Mike, see u futher..

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites