feed it tracks

For Order and Inquiries

Tuesday, December 1, 2009

Riang Lelah Memanjat Pokok..


Hujung minggu yang lepas, aku pulang ke kampung untuk beraya Aidiladha..kebetulan mempunyai masa lapang, aku pergi ke kampung brader Jumat. Orang lama membuat labu sayong..

Kedatangan aku disambut dengan mempelawa aku menikmati buah-buahan kayu..(rambutan,manggis dan langsat).

Aku memandang 135 darjah keatas, melihat pepohonan yang lebat dengan buah2an..merah saga buah rambutan dan kuning emas langsat mengiurkan pengguna alam. Dengan bunyian riang serangga kecil dan burung, cukup menenangkan hati yang kusut bekalan dari ibukota . Jika di ibukota, hutan batu merata-rata, di kampung aku hutan alam luas terbentang damai nan indah.

Di hamparan tanah pula, buah-buahan yang berguguran busuk, kontang isi manggis, langsat yang merekah gugur. Rezeki alam seperti ini dikongsi bersama manusia dan haiwan..putarannya seperti negotiate berupa rantaian makanan.

Tidak pula aku tahu mengapa di gelarkan buahan tempatan sebagai buah hutan. Yang aku tahu buah2 macam ni sedap di makan..

Amik la banyak mane pun kamu ndak" abg jumat mempelawa aku bersahaja.

Aku merenung dia, sesekali menjeling ke pokok yang setinggi tiang elektrik.

Kome panjat jela senang' getus abg jumat seolah faham apa yang aku fikirkan..

Kebetulan pula pokok manggis berayun di tiup angin seolah melambai-lambai pada ku. Pakaian yang membaluti tubuh aku putih semuanya. Demi manggis, aku buat derk jela..kalau kotor boleh basuh..


Pokok Manggis Berpenunggu!!

Aku merenung manja pada pokok manggis ini, buahnya di hujung julai, susahnya hendak ambil, suka atau tidak, aku kena panjat pokok ini tuk merasa buahnya..

Melihat pokok ini, terkenangkan di kala aku berusia belasan tahun, cukup suka panjat pokok manggis. Makan buahnya di atas dahan.

Buah manggis ada ragamnya yang tersendiri, pantang jejak tanah..jika buah jatuh di tanah pada masa yang tertentu, buahnya akan bertukar menjadi keras (jadi batu kata org tua) dan masam2..kulitnya berubah warna menjadi coklat.

Aku menarik nafas dalam-dalam, membaca bismillah kemudiannya mula memanjat pokok manggis, beg plastik aku singgulkan di pinggang aku. Buah yang telah di petik, aku masukkan ke dalam beg.

Aku bertambah asyik memanjat pokok, bergerak lagkah demi langkah..memegang dahan dengan teliti..

Matahari mula mendongak ke langit bermakna tengah hari sudah menyinggah . Hairan pula bagi aku dahan-dahan dan ranting-ranting seakan-akan lembab. Kemudian ada setengah kawasan ianya menggerutu kehitaman pula..

Terfikir sejenak, mengapa pula begini. Aku terus memanjat ke dahan seterusnya. Ada habuk-habuk jatuh dari celahan dahan. Juga bewarna kehitaman..

Barulah tersedar, dah lama tak balik kampung, dahan pokok menjadi tempat tidur ayam kampung. Rupa-rupanya yangdahan yag di pegang bewarna hitam itu, ada kesan-kesan tahi ayam..eii..dah lama sangat aku tak kene tahi ayam..ni dah kena pulak dah.

Tengok pada kaki, pun terkene tahi ayam..hilang selere akan nak panjat lagi. Tak menunggu lama, aku pun trus turun ke bawah..malas dah nak pijak dahan yang ada tahi ayam.


Penangan Langsat

Amik la galah tu, kait buah banyak mana kamu ndak' abg jumat mempelawa aku macama aku reti je guna galah buluh. Nak pegang pun tak berapa reti ni pulak nak gunakan untuk mengait buah.

Pokok langsat ni, batangnya memanjang ke atas, kemudian baru ada dahan yang halus. Aku bagitahu dekat abg jumat, aku tak reti menggunakan galah. Lalu di suruhnya aku panjat. Sekali lagi aku mengeluh. Penat tu..!

Dek kerana mengenangkan kalaulah aku dapat buah langsat ni satu plastik, boleh aku bahagi kepada keluarga dan lain-lain, aku pun mula memanjat. Tak sampai lima minit aku panjat dah pancit. Dahan dah la halus, walaupun dikatakan dahan langsat liat, tapi aku masih ketakutan kerana berat badan aku ni tidak semesra pokok. Takut tak pasal-pasal aku jatuh.

Aku dapat kumpul setengah plastik sahaja. Kemudia aku turun kebawah..Risau juga duduk atas pokok ni lama-lama. Maklum lah, aku bukannya muda lagi..

Bila aku turun dari pokok, abg jumat pulak naik keatas..Tong cat kosong di ikat dengan kemas pada tali. Bila dia berada di atas, buah yang di petik diletakkan ke dalam tong. Cara begitu lebih mudah daripada mengikat plastik pada pinggang.

Alhamdulillah, dapat penuh satu bekas tong..hasilnya aku bawak balik dan kongsi beramai-ramai.

Selepas ni, mungkin aku akan terfikir banyak kali kalau hendak panjat pokok bersusah payah, kena tahi ayam ngan lenguh-lenguh satu badan atau hanya beli sahaja di pasar RM 2.50 tuk satu kg.

0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies