
Minggu ni aku balik ke kampung kerana ada urusan peribadi yang perlu diuruskan.Business labu sayong pun bulan ni ada tempahan namun masih belum siap sepenuhnya.Memandu kereta beratus kilometer adakala membosankan.Sesekali menguap, menoloh ke kiri dan kanan. Jika terasa mengantuk, pedal minyak aku tekan lebih skit dari kebiasaan.Tak payah aku ceritakan berapa laju tapi, kalao ade speed trap, memang kantoi la bulan ni. Kebiasaannya, apabila bosan melayan lagu dari cd, aku mula membuka siaran di radio.Radio yang aku dengar tentunya IKIM FM. Bila stesen radio tersebut mengumandangkan azan dan perdengarkan bacaan al-quran, zikir dan nasyid evergreen,...