Ada satu hari, aku menziarahi family aku di sebuah hospital di Utara tanah air di wad kanak-kanak. Seketika, aku memandangkan di sekeliling katil.
Bersebelahan dengan katil yang aku lewati, terdapat seorang kanak-kanak perempuan kecil, berumur anggaran 3 tahun, wajah chinese look.
Aku memandang dia, agak lama memerhatikannya. Makluman awal yang aku terima menyatakan kanak-kanak ini di masukkan ke dalam hospital kerana demam panas.
Namanya PUTERI BALQIS BT ABDULLAH. sunguh sedap namanya tapi, di sebaliknya, ada yang tidak enak didengari.
Demam panas masih dianggap biasa bagi sesetengah pihak. Namun di sebalik demamnya, ada yang luar biasa dan tidak biasa di terima. Kanak-kanak ini tinggal bersama dengan neneknya, setelah kedua orang tuanya mengalami permasalahan rumah tangga.
Ayahnya seorang melayu. Ibunya pula berbangsa cina ( kemudian memeluk islam) dan telah menukar agama setelah berkahwin.Nenek yang menjaganya bergama buddha.
Pada awalnya,menyambut kalahiran dan berpantang di rumah keluarga ayahya. Sayang, tidak diketahui punca, ayahnya telah meninggalkan isteri dan anaknya.Senario ini menjadikan isterinya kembali kepada agama asal, dan memberikan anaknya di bawah jagaan neneknya di Utara.
Aku memandang adik ini dengan penuh kesyahdu dan kerisauan mengocak perasaan.Pada seawal usia begitu di tinggalkan bapa, kemudian di serahkan ibu kepada nenek untuk menjaganya. Apakah masa depan kanak-kanak ini yang mungkin terjadi?
Neneknya, menjaga adik ini di wad hospital.Bermalam bersamanya menemani dari kesunyian malam dan kesunyian belaian kasih.Ada juga keluarga sebelah emaknya yang datang melawati, nenek dan keluarga tersebut bertutur dalam bahasa cina.
Adik kecil ini, tidak pula berbahasa cina, pertuturannya jelas berbahasa melayu. Jika ada perkara yang ingin di khabar dan di ceritakan kepada neneknya, dia berbahasa melayu. Tidak ingin pula dia berbahasa cina!!
Neneknya akur dengan cucu.Perbualan di lakukan dalam bahasa melayu.Makanan yang dihidangkan kepada cucunya juga, ala-ala melayu. Dipendikkan cerita, neneknya tidak masakkan babi untuk cucunya.
Aku kehairanan melihat tiada wakil keluarga dari pihak lelaki yang datang menziarahi adik ini. Mungkinkah lokasi adik ini di rahsiakan keluarga sebelah perempuan, aku tidak pasti keadaanya.Realitinya, tiada wakil dari pihak lelaki yang datang.Secara psikologinya, akan berlaku kesan yang berbekas di minda dan hati adik ini jika berumur semuda itu, tiada perhatian dari ayahnya.Ibunya telah kembali ke agama asal.Minum dan makan yang haram kembali seperti biasa.
Sebagai pengatahuan anda, secara asasnya,Kaum cina di Malaysia menyambut berbagai-bagai perayaan agama dan adat!! raya cina, cap go meh, perayaan sembah hantu lapar, pesta tanglong, dan sembah nenek moyang etc.
Apakah nasib yang akan berlaku keatas anak kecil ini di masa hadapan? Di kelilingi masyarakat berbudaya dan beragama buddha. Tiada sokongan moral dan akidah dari keluarga pihak lelaki.Di belai dan di asuh mengikut budaya keluarga ibunya, dari berumur tiga tahun ( sekarang) sampailah kanak-kanak ini bersekolah, bergaul dan berteman.
Apakah pada tika itu, namanya masih PUTERI BALQIS BT ABDULLAH?. Ingatkah anda pada mendiang NYONYA TAHIR BT ABDULLAH? Apakah persamaan di antara keduanya?
NYONYA TAHIR
Lahir Islam
Dibesarkan keluarga cina
Susur galur ada kaitan dgn Islam (Nenek )
Menukar namanya WONG AH KIU
Amalan agama buddha sedari kecil
PUTERI BALQIS ABDULLAH
Lahir Islam
Dibesarkan keluarga cina
( Ayah beragama islam )
Status nama masih kekal
Amalan agama? tidak dapat dipastikan
Wong Ah Kiu (1918–January 19, 2006), legally known as Nyonya binti Tahir, was a Malaysian convert from Islam to Buddhism.[1] Of mixed Chinese and ethnic Malay descent, she was taken in by her grandmother, a Malay Muslim married to a Chinese of Hainan origin who had converted to Islam; however, she was later adopted by a Chinese family and raised as a Buddhist.( sumber, wikipedia )
1 comments:
1malaysia... hahahaha biar mufti komen... :)
Post a Comment