feed it tracks

For Order and Inquiries

HARRY MAJU LABU SAYONG TERRITORY

decorates your house/office with the best and fine product from HARRYLABU. We guarantee you never satisfied what you got from us

New Stylish Clay Product

A luxury and exclusive claycraft from HARYLABU.Get this product and set it up at your house/office

Ancient, Luxurious and Execlusive

Purely Origin LABU SAYONG product from HARRYLABU..Get this today for nature water filter pot and ancient remedy more than 200 years ago

HARRY MAJU LABU SAYONG QUATATION

The best price for best customers.

Wednesday, November 24, 2010

Sekolah Labu Sayong



Sekolah Rendah Kebangsaan Sayong sememangnya unik dan mempunyai identiti tersendiri. Bermula dari pintu pagar sekolah, hingga ke ruangan hiasan kolam, terdampar pasu-pasu Labu Sayong menarik mata memandang. Pada pengunjung yang pertama kali singgah ke sekolah ini, akan rasa teruja dan sedikit kelainan.

Oleh kerana sekolah ini mewakili kampung sayong am nya, Pasu-pasu sayong di hiaskan sekeliling sekolah. Pengunjung/ pelancong pasti akan merasa keraguan dan kerisauan seperti " tak hilang ke pasu labu ni?" ..

Bolehlah dikatakan, jika penduduk tempatan, mereka tidak akan hairan melihatnya, dan jua kedai2 di tepi jalan, sesudah selesai berniaga, pasu-pasu labu di biarkan begitu sahaja, Insya Allah, tiada yang ia mencurinya,,suasana aman dan damai macam di negeri arab Islam..manakan tahu, jika ada juga yang mencurinya, alamatnya jika tertangkap mau kene hempok ngan pasu atau makan tanah labu tuh..setakat ini? belum ada cerita lagi,,kampung sayong tenteram dan damai,,

tidak percaya? singgahlah ke kampung sayong selepas senja ke atas, pasu-pasu di biarkan begitu sahaja, tetapi awas!!  ia tetap bertuan dan berpenjaga!! jeng jeng jeng...

Monday, November 8, 2010

Kenangan Terindah Hadiah Perkahwinan






Cuba anda bayangkan, jika suatu hari anda membawa keluarga anda ke rumah kawan baik anda, pada masa itu anda telahpun mempunyai dua anak atau lebih..!!

Sesekali anda memerhatikan sekeliling rumah kawan anda, terperasan pula HADIAH PERKAHWINAN masih di berada dalam almari hiasan dengan keadaan elok!!!

Pada saat itu juga, anda akan terkenangkan memori indah perkahwinan anda.

Paling bermakna jika hadiah perkahwinan kita di simpan, di jaga dan di buat kenangan..memang tidak dapat di lupakan.

Sebagai perbandingan dan perbincangan, jika anda menghadiahkan 1000 JENIS bunga/kertas bekas telur/ mini kipas atau hadiah2 yang lainya..memang murah!!

Tetapi adakah penerimanya akan menyimpan selepas memilikinya? HADIAH ANDA DI JADIKAN SAMPAH!!! belum pun tetamu balik dari kenduri kahwin, Hadiah anda (spt bekas paper dll) telah di buang sebelum naik kereta pulang !!

HARRYLABU akui barangan kraftangan adalah sedikit tinggi harganya dari barangan biasa..Namun, secara praktikal dan relevannya, duit anda membeli 1000 bekas hadiah biasa berharga RM800.00-1300.00 dengan 300 barangan cenderahati eksklusif dari Harrylabu dengan harga RM 600.00++ , agak-agaknya, hadiah mana yang akan di simpan?


Rata-rata ingin kan perkahwinan hanya sekali seumur hidup, jadi Hadiah kenangan seperti kraftangan dari HARRYLABU adalah yang terbaik untuk anda miliki dan simpan..

Oleh itu, fikir-fikirkan....

(gambar labu di atas di ambil di rumah kakak Harrylabu yang menyimpan sebahagian dari hadiah perkahwinan sebagai hiasan)


Wednesday, October 20, 2010

Feel the song from heart

Monday, October 18, 2010

Labu Hiasan Tepak Sirih Mini


Besemperna musim perkahwinan yang mendatang, (Raya Haji, Deepavali dan Cuti Sekolah), idea terbaru dari Harrylabu muncul dan corak terkini, LABU TEPAK SIRIH MINI ELEGENT, khas untuk anda yang menginginkan kelainan untuk hari bahagia anda..

Dengan Harga bermula RM 3.90 (untuk 500 unit), jangan lepaskan peluang untuk memilikinya..pasti hadiah perkahwinan anda akan tersimpan dalam koleksi penerima,


Wednesday, September 29, 2010

Istimewa Labu Sayong Pasu Corak Bunga Hutan dan Bunga Teluk

















Pada anda yang meminati hasilan seni kraftangan, jangan ketinggalan memiliki labu pasu ukiran bunga teluk dan bunga hutan dari HARRYLABU..

Pasu bunga seperti gambar ini menampilkan corak yang berbeza, namun harganya tetap sama. RM 130.00 sebiji, 

Harga SEPASANG? RM 250.00 sahaja!!

seperti biasa, hubungi Harrylabu untuk tempahan di 012-5391776

Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya...Happy Aidilfitri from Harrylabu



























Di kesempatan yang ada ini..Harrylabu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Mohon maaf di pinta bagi pihak Harrylabu andai mempunyai salah dan silap pada semua pembaca, peminat dan pelanggan Harrylabu..

Terima Kasih atas sambutan hangat yang di terima daripada anda semua, kini rating blog harrylabu terkenal 1 Malaysia dan negara-negara jiran yang lain, dan antara blog paling famous di Google.

Harapan Harry pada masa kini dan tahun mendatang, akan dapat mengeksport produk Harrylabu keluar negara. Dengan ini, berharap sokonglah barangan kraft dari Harrylabu khususnya buatan Malaysia..

For all of reader out site in Malaysia and dint know Malay Language, I'm apologize.. Its because i'm prefer to write my blog with bahasa Malaysia. It just i'm proud of my language and my product clarify must be in Malay language...but all of you can translate my word with Google translate it's ? ahahaha...

Happy Aidilfitri From Harrylabu...

Tuesday, July 27, 2010

GEMERLAPAN LABU SAYONG

Terbaik dan Eksklusif dari Harrylabu..

Pastikan anda memilikinya..
S

Monday, July 26, 2010

DAPUR LABU SAYONG KARANGKRAFT







Seperti yang anda lihat, bentuk dapur ini lebih kemas berbanding dapur tradisional yang HARRYLABU pernah postkan pada entri terdahulu.

Kualiti labu menjadi lebih baik dah masa pembakaran dapat dijimatkan berbanding dapur pembakaran tradisional.

Tuesday, July 6, 2010

Labu Pasu Hiasan Elite



Cantik, menarik dan elegent..Ukiran seni halus dari Harrylabu.

Pasu Labu ini di keringkan seketika sebelum di bakar, setelah selesai proses pengeringan dan pembakaran, di masukkan pula warna mengikut kesukaan dan tempahan dari pembeli HARRYLABU.

Dengan ketinggian anggaran 1 meter, ianya amat menarik untuk di letakkan di posisi laluan samada di pejabat, halaman rumah dan kawasan sudut.

Jika di lihat ukiran dan bentuk kasarnya (tanpa warna) sahaja nampak menarik, HARRYLABU percaya, anda pasti akan teruja melihat PASU LABU ini setelah di letakkan warna elegent/kesukaan anda!!

HARGA 1 biji LABU PASU RM 175.00 (beserta warna)
HARGA SEPASA LABU PASU RM 300.00 sahaja (beserta warna

Friday, June 11, 2010

Ex-Senator Hassan Syukri Menerima Cenderahati Harrylabu
















Jika dahulu Produk Harrylabu sampai ke tangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, kali ini produk HARRYLABU sampai ke tangan seorang tokoh yang tidak kurang popularnya, Ex-Senator Hassan Syukri.

Pada 1 Mei yang lalu, telah di adakan program Alumni Bekas Pelajar Maahad Al-Yahyawiyah Kuala Kangsar Perak.

Harrylabu turut di undang pada program Alumni tersebut. Kebetulan Harrylabu pernah menuntut di sekolah yang sama dengan Ex-Senator Hassan Syukri, kesempatan yang ada Harrylabu menyerahkan cenderahati LABU SAYONG AIR kepada Ex-Senator Ustaz Hassan..

* Gambar menunjukkan Pengerusi Alumni menyampaikan cenderahati LABU SAYONG AIR kepada EX-SENATOR HASSAN SYUKRI

Wednesday, May 12, 2010

Ukiran Seni Halus Labu Sayong dari Harrylabu
















Kerja pengukiran Labu Sayong di lakukan dengan hasilan tangan..Gambar menunjukkan pekerja di kawasan pemprosesan labu sayong membuat ukiran tebuk pada LABU HIASAN BERLAMPU. Labu ini kemudiaannya di bakar pada suhu tertentu, kemudian di warnakan mengikut corak pilihan yang di tempah..

Labu Telur Berkaki ..Amazing handicraft


















Sangat cantik dan menarik..Amat sesuai dengan hadiah cenderahati perkahwinan..

Beharga RM 2.58 sen untuk 500 biji tempahan ke atas..

Hanya yang terbaik dari Harrylabu untuk anda..

Tuesday, April 20, 2010

Cahaya di Atas Tar !! Labu Sayong Gergasi

Dari Ipoh sehingga ke Kuala Kangsar, Labu Sayong Perhiasan berada di mana-mana..

Harrylabu sempat mengambil gambar beberapa kawasan yang terpilih untuk di jadikan bahan koleksi.





Sunday, April 18, 2010

Labu SIlinder Pasu Corak Tebuk



Sangat menarik, sangat cantik dan sungguh tertarik melihatnya..Dipadankan pula dengan bunga kaca, di letakkan di sudut ruang rumah anda, membayangkan anda seorang yang bercitarasa tinggi dan ada klass..

Dengan harga semurah RM 68.00 setiap satu, pastikan anda mesti memilikinya.Sila hubungi pihak HARRYLABU untuk tempahan.

Wednesday, April 14, 2010

Labu Berpenutup Corak Antik

















HARRYLABU mempersembahkan kelainan pada sentuhan kraftangan berasaskan tanah!!!
Pada kali ini menampilkan corak seakan songkok..

Dengan menggunakan warna berus tangan, ianya kelihatan antik,berkualiti juga setanding hasilan produk kraftangan yang lain..

Dengan harga serendah RM 18.00 setiap satu, pihak HARRYLABU yakin ianya akan mendapat tempat dalam pasaran semasa

Monday, April 12, 2010

Labu Urban

















Sentuhan warna urban dan ukiran moden dari HARRYLABU
berharga  RM 28.00 sahaja

Labu Tomato Elegant


































Sentuhan terbaik dari HARRYLABU
Harga RM 120.00 beserta lampu..

Friday, April 9, 2010

Cahaya di Atas Rak!!!

Marvelous...itu perkataan pertama yang keluar dari mulut pelancong bila melihat kecantikan dan keunikan LABU SAYONG berlampu..

Pastinya pelancong tidak melepaskan peluang memiliki LABU SAYONG EKSKLUSIF daripada HARRYLABU.

Dengan harga serendah RM 70.00, beserta lampu, anda pasti mampu memilikinya barang sebiji dua..


















Untuk tempahan dan order, Hubungi pihak HARRYLABU di 012 539 1776 

Labu Plaque Eksklusif




















Kombisi warna dan sentuhan ukiran tangan yang sangat menarik, hasilan kepada Universiti Teknologi Petronas.

Disertakan bersama labu cenderahati ini, tanda nama dan logo Universiti.

Berharga RM 30.00

Friday, March 19, 2010

Labu Mini

RM 1.35 untuk 500 biji dan ke atas

Labu Sayong Mini

Harga RM 1.70 untuk tempahan 500 biji dan keatas

Wednesday, March 17, 2010

Labu Sayong Mini

Sangat sesuai untuk di berikan pada tetamu VIP pada hari perkahwinan anda. Dengan harga yang berpatutuan, Harrylabu yakin ianya pasti akan menjadi koleksi cenderamata perkahwinan yang bermakna buat anda.

Acuan Labu

















Pada masa kini, bentuk labu yang di buat mempunyai acuan yang tersendiri. Bergantung kepada bentuk dan saiz yang diinginkan, acuan-acuan labu di buat dengan menggunakan "kapur" bagi membentuk form.

Hasilan darinya seperti gambar yang dapan anda lihat..!!

Musim Tempahan Labu Kenduri Bermula



















Musim cuti sekolah bermula..menandakan musim kenduri kawin pun turut serta. Harrylabu menerima banyak tempahan terutamanya labu mini dan labu telur. Terkini, labu tepak sirih mula mendapat tempat di pasaran.

Labu Mini: Bermula RM1.70 dan ke atas
Labu Telur: Bermula RM 1.35 dan ke atas
Labu Tepak Sirih : Bermula RM3.30 dan ke atas

Dengan harga yang ditawarkan, harrylabu percaya anda di luar sana mampu memilikinya untuk di hadiahkan kepada kenalan dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan anda.

Wednesday, March 3, 2010

Indahnya Labu Lampu Di Malam Hari





















Kala Malam Labu Lampu Menerangi 
Alam

Suasana damai dan terpesona akan keindahan pancaran lampu daripada LABU SAYONG hasilan HARRYLABU.

Setiap kenderaan yang melalui di hadapan laman, pasti akan berhenti seketika ataupun perlahankan kenderaan memerhatikan kecantikan dan keunikan LABU SAYONG BERLAMPU.

Kepada anda di luar sana yang inginkan keindahan dan ketenangan di malam hari, sila dapatkan LABU SAYONG BERLAMPU daripada HARRYLABU..Pasti anda akan teruja setelah memilikinya!!!

Thursday, February 25, 2010

Labu Tempayan Eksklusif Berpenutup

Pembayaran Melalui Internet Kepada Harrylabu

Berikut adalah contoh kaedah pembayaran kepada HARRYLABU melalui Maybank2 U.Com

1. HARRYLABU memberikan no akaun maybank kepada anda,
2. Anda memasukkan amaun deposit (rujuk syarat jual beli harrylabu) seperti contoh
3. setelah urusan  berjaya, anda email bill payment seperti gambar.
4. HARRYLABU menerima permohonan dan kemasukan duit,
5. Barangan tempahan mula di jalankan,..

Sungguh MUDAH dan CEPAT jika anda berurusan dengan HARRYLABU

Sunday, January 24, 2010

Bercinta Dengan Kartini


Semasa aku di bangku sekolah menengah, komik ini sungguh dekat dengan jiwa aku. Mungkin kerana terdapat persamaan jalan cerita kisah kartini dengan realiti kehidupan aku di sekolah agama berasrama. 

Bertahun aku di asrama, pastinya banyak benda yang di pelajari, banyak ilmu yang di kutip, tidak kurang, banyak pengalaman yang di timba. Sebutkan sahaja, pelajaran, cinta, rokok, fly (lari dari asrama) keluar pekan..Semuanya bermula di sek asrama.

Berbalik pada kisah kartini, setiap bulan aku menantikan keluaran kartun bersiri ini di terbitkan Majalah Lanun untuk membaca kisah Kartini. Adakala bila aku terlepas episode, aku pergi umah kawan "pow" majalah dia baca..

Hingga pada suatu hari,member aku membeli koleksi buku ni. Aku pinjam baca. Berulang-ulang kali aku baca dan menghayati kisah ni.

Bila aku kembali ke asrama, aku terperasan buku ni di kedai mamak. Aku pun membelinya dengan tujuan koleksi peribadi..Kisah cerita ni begitu dekat dengan aku.

Wednesday, January 20, 2010

Labu Telur Popular dan Simple dari HARRYLABU



















Harga : RM 1.60 seunit (untuk tempahan 500 biji ke atas)

Tuesday, January 19, 2010

Contoh Quotation Harry Maju Labu Sayong


Kaedah Pemprosesan Barangan Tempahan dan Bank In di Dalam Akaun Harry Maju Labu Sayong






Kos penghantaran  akan di tanggung oleh pihak anda mengikut jenis hantaran melainkan pihak anda datang sendiri ke tempat pemprosesan kami, di Perak.

Tempahan hendaklah minama 2 bulan sebelum tarikh penerimaan.

Bayaran tempahan perlu dibayar pada 70% daripada tempoh sebenar.Baki sebanyak 30% akan perlu dibayar seminggu sebelum tarikh penghantaran.

Jika pihak tuan ingin menguruskan pembayaran secara Bank in,( pihak kami menyediakan akaun Maybank, Bank Islam, dan CIMB Bank) pihak kami mengalu-alukan.

Caranya adalah sebegini:



Pihak anda memasukkan jumlah minima deposit ke akuan Bank pihak Harry Maju labu Sayong, Kemudian, resit bank in di simpan pihak tuan photostat dan faks kan kepada pihak kami. Resit original untuk rujukan pihak anda,

Pihak kami akan mengeluarkan surat quotation, purchase order dan setelah selesai pembayaran..surat invoice dan delevery order akan di serahkan kepada pihak anda.


Monday, January 18, 2010

Sherlock Holmes versi Ezrie Halfie..





Sudahkah anda menonton tayangan gambar Sherlock Holmes? Tahukah anda Sherlock Holmes memiliki daya penyiasatan dan pengamatan yang sangat baik dan berupaya menyelesaikan banyak kes di zamannya?

Ini salah satu kisah beliau yang mampu aku kongsikan bersama..

Pada suatu hari Sherlock Holmes telah pergi ke rumah rakannya seorang peniaga. Kebetulan ada pelanggan yang datang ke kedai tersebut meninggalkan paip rokok. Si peniaga tersebut tidak mengingati siapakah empunya paip tersebut.

Kehadiran Sherlock Holmes ke kedai tersebut amat tepat pada masanya. Peniaga tersebut menceritakan kepada Sherlock Holmes adakah beliau mengenal pasti  idendititi pemilik paip tersebut.

Sherlock Holmes memegang paip dan mengamatinya. Di belek2 nya paip tersebut..Si peniaga merasa hairan bagaimanakah seseorang itu dapat di kenali hanya melalui paip rokok semata.

Seketika kemudia Shelock Holmes bersuara

" hujung paip ini lebam sebelah kiri lebih banyak dari sebelah kanan..menandakan, pemiliknya tangan kidal"
 ( menggunakan tangan kiri)

"Bau tembakau yang ada pada paip tersebut berbau wangi. Ini menandakan pemiliknya seorang yang kaya"

"Kesan gigitan yang ada pada paip kelihatan kemas dan tersusun baik..menandakan pemiliknya seorang yang segak"..

Hasil dari pengamatan beliau, peniaga tersebut dapat mengenal pasti siapakah orang yang telah meninggalkan paip di kedainya..


Sherlock Holmes versi Ezrie Halfie 


  
Pada minggu yang lepas, aku telah pergi ke sebuah klinik swasta di utara tanah air. Kedatangan aku ke klinik tersebut kerana menemani ahli keluarga ku, khumaizah untuk bersunat.

Di ruang legar menunggu, sebaris kerusi di letakkan menghadap pintu bilik Dr. Bersebelahan aku, terdapat seorang pemuda awal 20-an menunggu penuh sabar. Gayanya ada seperti mamat motor. Helmet di bangkunya ada 2 biji. Maknanya, mamat tadi datang berdua..

Aku tidak bertegur sapa dengannya kerana jarak kedudukan kerusi antara aku dan dia selang beberapa hasta.

Seketika,

Keluar seorang gadis muda dari bilik Dr, matanya kemerahan..menandakan gadis ini menangis. Kemudian dia pergi membuat bayaran di kuanter.

Aku leka memandangnya..

"ada slip kertas scan"..berkata ahli keluarga padaku. Mengandung kot..

aku terus memerhatinya..selepas membayar, dia duduk dan bersembang dengan mamat motor yang di tepi aku. Perbualan mereka berdua tidak dapat aku dengar dengan jelas, kebetulan pula loghat kedah, susah untuk aku cathcy apa perbualan mereka.

Bila aku melihat gaya gadis tadi bersembang sambil menangis dan berbahasa esak, aku dapat jawapannya..

Aku memberitahu keluargaku'

"Perempuan ni mengandung, sebelum kahwin.."

"Ish, takde lah..jangan-jangan itu suami dia tak.."

"hurm..kalau dah kawin, perempuan mana pulak yang tidak seronok jika tahu mereka mengandung, kalau tak bersedia untuk mengandung pun, tak mungkin dia menangis..aku menjawab dengan bersahaja"

"Pandai la..mamat tu suami dialah. perempuan tu isteri dia. Sangka baik la sikit" ..balas keluarga ku

"Kalau perempuan ni sudah kahwin, mana inainya..kosong"..pengamatan aku pada kali ini memang menyakinkan aku bahawa pasangan ini melakukan hubungan seks sebelum kahwin.

"betul juga, Nauzubillah..takut mendengarnya"..balas keluargaku.

Aku memikirkan pula bagaimana nasib pasangan ini pada masa hadapan. Gelagat mamat tu, seperti tidak berduit, apa yang ada padanya mungkin hanya kapchai EX-5. Bagaimana dia ingin kahwin pada masa terdekat, mana sumber yang boleh di pinjam gadai untuk kahwin.

Gadis muda itu pula, perutnya telah mula membuncit kehadapan, masa depan gelap sedang menanti mereka berdua jika tidak berkahwin pada masa terdekat, mungkin gadis ini akan trauma, bertindak luar dugaan dan pelbagai lagi mungkin boleh terjadi.

Pada anda yang berada di luar sana yang bercouple, fikirlah masa depan agama, diri sendiri dan keluarga..


Wednesday, January 6, 2010

Labu Mini Sticker



Labu jenis ini kebanyakkannya di tempah oleh resort, jabatan kerajaan, hotel dan juga syarikat-syarikat.


Kelainan yang ada pada labu ini ialah, menampalkan sticker pelekat sama ada logo, nama syarikat, ucapan penghargaan dan sebagainya,,


Pada anda yang berminat untuk, sila dapatkan daripada Harry Maju Labu Sayong.


Harga : Mengikut saiz dan tempahan . 

Sunday, January 3, 2010

Labu Lampu pumpkin



Harga RM 118.00 satu unit

Saturday, January 2, 2010

Labu Lampu Elite



Harga Promosi RM 170.00 sahaja (sekali kaki labu)

Labu Pasu Elegent



Harga RM 138.00 1 unit
Harga Sepasang: RM250.00 sahaja

Labu Sayong Teko



Harga RM 27.00

Labu Silinder Tebuk



Harga RM 48.00

Corak Daun



Harga labu penuh: RM 50.00
Harga Labu Tebuk: RM 58.00

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies