feed it tracks

For Order and Inquiries

Wednesday, November 24, 2010

Sekolah Labu Sayong



Sekolah Rendah Kebangsaan Sayong sememangnya unik dan mempunyai identiti tersendiri. Bermula dari pintu pagar sekolah, hingga ke ruangan hiasan kolam, terdampar pasu-pasu Labu Sayong menarik mata memandang. Pada pengunjung yang pertama kali singgah ke sekolah ini, akan rasa teruja dan sedikit kelainan.

Oleh kerana sekolah ini mewakili kampung sayong am nya, Pasu-pasu sayong di hiaskan sekeliling sekolah. Pengunjung/ pelancong pasti akan merasa keraguan dan kerisauan seperti " tak hilang ke pasu labu ni?" ..

Bolehlah dikatakan, jika penduduk tempatan, mereka tidak akan hairan melihatnya, dan jua kedai2 di tepi jalan, sesudah selesai berniaga, pasu-pasu labu di biarkan begitu sahaja, Insya Allah, tiada yang ia mencurinya,,suasana aman dan damai macam di negeri arab Islam..manakan tahu, jika ada juga yang mencurinya, alamatnya jika tertangkap mau kene hempok ngan pasu atau makan tanah labu tuh..setakat ini? belum ada cerita lagi,,kampung sayong tenteram dan damai,,

tidak percaya? singgahlah ke kampung sayong selepas senja ke atas, pasu-pasu di biarkan begitu sahaja, tetapi awas!!  ia tetap bertuan dan berpenjaga!! jeng jeng jeng...

0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies