feed it tracks

For Order and Inquiries

Saturday, January 1, 2011

Keluhan Rasa Hati Peniaga Labu Sayong



Barang semua naik, Harga Labu Sayong Saja Tak Naik-Naik!!

Seperti biasa sebagai peniaga, melayan karenah pembeli dan pemborong Labu perkara normal yang di hadapi oleh kesemua pembuat labu sayong. Ada kalanya juga daripada normal boleh bertukar kepada abnormal..susah kan?

Harrylabu banyak menerima panggilan dari pelanggan yang adakalanya sungguh membosankan dan memualkan.  Di kesempatan ini, Harrylabu cantumkan kisah-kisah yang mungkin boleh menjadi pedoman buat kita semua.

Ada kalanya Harrylabu menghadapi pembeli yang berlagak!!
Duit tak berapa nak ada, konon nak order labu mini tuk perkahwinan sampai 1000 unit. Macam-macam di mintak pada kita. Semua yang di minta kita sediakan dari gambar, warna saiz dan corak . Akhirnya tak jadi..! sebabnya tak jadi dapat di agak kerana pembeli kekurangan bajet..hadiah kawin konon nak ada klass,tak mau dah kasi telur..konon ketinggalan ..nak amik produk labu sayong pulak harga tak padan dengan bajet..last-last kansel .plak tu buat bodo aje..

Bro dan Sis di luar sana, Harrylabu ingatkan disini, kalau anda jenis cikai, sempit dan biasa-biasa, tak usahlah berlagak nak kawin vogue2 sangat..Kami peniaga tahu anda tak berduit tapi nak order barang punyalah banyak.jenis-jenis ni yang banyak ragam..kala iyer pun kepingin hendak menghadiahkan barangan VIP, ikut bajet la..tak boleh 1000, bagi la 500 biji ke, 300 biji ke..ukur badan biar lah pada baju sendiri..

Seterusnya, pembeli inginkan harga labu mengikut harga mereka!! 
Senang-senang aje datang kedai, meminta harga yang bukan sahaja tidak munasabah, munasarawak jauh sekali!!

Harga pulak tu, di mintanya harga tahun 90’an.. Adus bro, sepanjang tahun 2000 sahaja, minyak dah tak terkira berapa kali naiknya. Gas masak pun turut naik sekali.Harga tanah pun begitu juga. Pekerja nak di jaga..takkan dah bertahun kerja gaji tak naik-naik. Yang turun hujan aje..

Order nun hujung di selatan negeri atau di timur plak..Kos penghantaran takut nak keluar, tapi takpe..kalu ada duit lebih, datang la ke tempat pemprosesan (kpg sayong) amik barang.boleh la jalan2 sekali…ini dah duduk jauh bertempat, kos nak murah, lagi nak penghantaran percuma..ini jenis nak mematikan peniaga nih..

Berhadapan dengan pemborong kapitalis juga tidak berkecuali, harry sendiri tahu jika barangan harry berada di luar negeri perak, harganya akan berganda tinggi terutamanya pasu hiasan dan pasu lampu. Ada pemborong kapitalis call, inginkan harga sekian-sekian,,kalau boleh nak semurah-murahnya..biar dia bayar kos tanah aje..Aku tak payah ada sumber pendapatan. Otak kapitalis ni nak untung selagi mungkin. Macam dia pulak yang bayar gaji tuk kami…jenis ini yang mematikan biz peniaga labu sayong.

Ini pula kes orang kaya dan berduit. Pada satu ketika, kereta merc menjalar singgah di tempat kami ingin order labu untuk perkahwinan anaknya. Mintak tawar harga kaw-kaw sampai ke harga modal pembuatannya.. contoh harga labu 4.80 di mintak RM 4.00 (harga modal) . bagaimana cara menguruskan orang begini?

Inilah dialog yang paling sesuai untuk golongan sebegini..
“abg saya dah tak boleh kurang dah harga ni, kalao saya kurang berdosa saya dengan pembeli lain’ sbb tawar harga macam ni diorg tak boleh standardize harga pasaran..(spt org cina lakukan dalam perniagaan mereka)
Kalau abg rasa abang miskin nak kurang harga sangat..amik la dua tiga biji saya kasik FREE!!!

1 comments:

Salam,

Awak pengusaha labu sayong ke? Saya nak beli labu sayong, jadi boleh kita berurusan?

TQ.

Sha

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies