feed it tracks

For Order and Inquiries

HARRY MAJU LABU SAYONG TERRITORY

decorates your house/office with the best and fine product from HARRYLABU. We guarantee you never satisfied what you got from us

New Stylish Clay Product

A luxury and exclusive claycraft from HARYLABU.Get this product and set it up at your house/office

Ancient, Luxurious and Execlusive

Purely Origin LABU SAYONG product from HARRYLABU..Get this today for nature water filter pot and ancient remedy more than 200 years ago

HARRY MAJU LABU SAYONG QUATATION

The best price for best customers.

Saturday, December 26, 2009

GST (Good Services Tax a.k.a Goverment Shit Tax)

Kerajaan bakal melaksanakan GST (Good Services Tax) kepada rakyat..Ternyata kerajaan yg ada skrg xberduit dan inflasi merata2..kalau negara dah takde duit pasal kerajaan yg ada rasuah dan kianat harta negara mcm mak bapak diorag yg punya, jangan lah rakyat plak jadi mangsa kene TOP UP duit yang kerajaan belasah atas nama cukai!!..GST la sgt..Kerajaan zaman Robin Hood !!

GST merupakan cukai yang dikenakan( kerajaan korup) di pelbagai peringkat atas kenaikan harga jualan barangan dan perkhidmatan yang dibeli pengguna(rakyat)

Pengguna akhir (rakyat) secara kasarnya dilihat terpaksa menanggung keseluruhan cukai yang diserahkan oleh pembekal dan pengilang kepada Kerajaan.


Pelaksanaan GST di negara ini akan memberi impak yang besar terutamanya kepada rakyat..aku bagi contoh yg mudah, jika kita makan di pizza hut, Mcd ngan kfc, Gov tax 5%, tax utk hotel dan tax hiburan (wayang dsb. Makanya jika berlakulah GST, Kilang makan, pakaian dan lain2 asasi akan turut dikenekan tax, tax ini akan di lepaskan kepada rakyat sebagai tanggungan kepada pengilang.



Thursday, December 3, 2009

Sentuhan Ezrie Halfie: Sajak berpesan





Dalam keriuhan ada kedamaian

Mendamai hati melestari perasaan

Dakapan rinduan dalam doa

Persis Cinta non-grata



Rindu salju padamu Tuhan

Tangisan sejad pada sejadah

Berkuntum sejambak gelora

Mengenang dosa silam



Subuh ini subuh terawal

Manakah tahu mati terlewat

Andai jiwa sebaik malaikat

Tentu hati tiada karat


Berpesan-pesan pada alam

Di sini aku pernah bertapak

Beringat-ingatkan pada teman

Di dunia ini kita melepak

Berpesan-pesan pada hati

Nanti pasti aku kan mati

Meninggalkan pesan pada semua

Jaga diri, jaga peribadi

Selamat tinggal nan abadi

Tuesday, December 1, 2009

Riang Lelah Memanjat Pokok..


Hujung minggu yang lepas, aku pulang ke kampung untuk beraya Aidiladha..kebetulan mempunyai masa lapang, aku pergi ke kampung brader Jumat. Orang lama membuat labu sayong..

Kedatangan aku disambut dengan mempelawa aku menikmati buah-buahan kayu..(rambutan,manggis dan langsat).

Aku memandang 135 darjah keatas, melihat pepohonan yang lebat dengan buah2an..merah saga buah rambutan dan kuning emas langsat mengiurkan pengguna alam. Dengan bunyian riang serangga kecil dan burung, cukup menenangkan hati yang kusut bekalan dari ibukota . Jika di ibukota, hutan batu merata-rata, di kampung aku hutan alam luas terbentang damai nan indah.

Di hamparan tanah pula, buah-buahan yang berguguran busuk, kontang isi manggis, langsat yang merekah gugur. Rezeki alam seperti ini dikongsi bersama manusia dan haiwan..putarannya seperti negotiate berupa rantaian makanan.

Tidak pula aku tahu mengapa di gelarkan buahan tempatan sebagai buah hutan. Yang aku tahu buah2 macam ni sedap di makan..

Amik la banyak mane pun kamu ndak" abg jumat mempelawa aku bersahaja.

Aku merenung dia, sesekali menjeling ke pokok yang setinggi tiang elektrik.

Kome panjat jela senang' getus abg jumat seolah faham apa yang aku fikirkan..

Kebetulan pula pokok manggis berayun di tiup angin seolah melambai-lambai pada ku. Pakaian yang membaluti tubuh aku putih semuanya. Demi manggis, aku buat derk jela..kalau kotor boleh basuh..


Pokok Manggis Berpenunggu!!

Aku merenung manja pada pokok manggis ini, buahnya di hujung julai, susahnya hendak ambil, suka atau tidak, aku kena panjat pokok ini tuk merasa buahnya..

Melihat pokok ini, terkenangkan di kala aku berusia belasan tahun, cukup suka panjat pokok manggis. Makan buahnya di atas dahan.

Buah manggis ada ragamnya yang tersendiri, pantang jejak tanah..jika buah jatuh di tanah pada masa yang tertentu, buahnya akan bertukar menjadi keras (jadi batu kata org tua) dan masam2..kulitnya berubah warna menjadi coklat.

Aku menarik nafas dalam-dalam, membaca bismillah kemudiannya mula memanjat pokok manggis, beg plastik aku singgulkan di pinggang aku. Buah yang telah di petik, aku masukkan ke dalam beg.

Aku bertambah asyik memanjat pokok, bergerak lagkah demi langkah..memegang dahan dengan teliti..

Matahari mula mendongak ke langit bermakna tengah hari sudah menyinggah . Hairan pula bagi aku dahan-dahan dan ranting-ranting seakan-akan lembab. Kemudian ada setengah kawasan ianya menggerutu kehitaman pula..

Terfikir sejenak, mengapa pula begini. Aku terus memanjat ke dahan seterusnya. Ada habuk-habuk jatuh dari celahan dahan. Juga bewarna kehitaman..

Barulah tersedar, dah lama tak balik kampung, dahan pokok menjadi tempat tidur ayam kampung. Rupa-rupanya yangdahan yag di pegang bewarna hitam itu, ada kesan-kesan tahi ayam..eii..dah lama sangat aku tak kene tahi ayam..ni dah kena pulak dah.

Tengok pada kaki, pun terkene tahi ayam..hilang selere akan nak panjat lagi. Tak menunggu lama, aku pun trus turun ke bawah..malas dah nak pijak dahan yang ada tahi ayam.


Penangan Langsat

Amik la galah tu, kait buah banyak mana kamu ndak' abg jumat mempelawa aku macama aku reti je guna galah buluh. Nak pegang pun tak berapa reti ni pulak nak gunakan untuk mengait buah.

Pokok langsat ni, batangnya memanjang ke atas, kemudian baru ada dahan yang halus. Aku bagitahu dekat abg jumat, aku tak reti menggunakan galah. Lalu di suruhnya aku panjat. Sekali lagi aku mengeluh. Penat tu..!

Dek kerana mengenangkan kalaulah aku dapat buah langsat ni satu plastik, boleh aku bahagi kepada keluarga dan lain-lain, aku pun mula memanjat. Tak sampai lima minit aku panjat dah pancit. Dahan dah la halus, walaupun dikatakan dahan langsat liat, tapi aku masih ketakutan kerana berat badan aku ni tidak semesra pokok. Takut tak pasal-pasal aku jatuh.

Aku dapat kumpul setengah plastik sahaja. Kemudia aku turun kebawah..Risau juga duduk atas pokok ni lama-lama. Maklum lah, aku bukannya muda lagi..

Bila aku turun dari pokok, abg jumat pulak naik keatas..Tong cat kosong di ikat dengan kemas pada tali. Bila dia berada di atas, buah yang di petik diletakkan ke dalam tong. Cara begitu lebih mudah daripada mengikat plastik pada pinggang.

Alhamdulillah, dapat penuh satu bekas tong..hasilnya aku bawak balik dan kongsi beramai-ramai.

Selepas ni, mungkin aku akan terfikir banyak kali kalau hendak panjat pokok bersusah payah, kena tahi ayam ngan lenguh-lenguh satu badan atau hanya beli sahaja di pasar RM 2.50 tuk satu kg.

Friday, November 20, 2009

Labu Plaque Standard


Satu lagi Produk kraftangan daripada harrylabu. Ukuran lilitnya agak besar. Kegunaan untuk hadiah cenderahati di majlis-majlis rasmi samada kerajaan ataupun swasta.

Pada anda yang berminat, sila dapatkan daripada harrylabu.

Tinggi Plaque 30cm
Ukuran Lebar Persegi Plaque 17cmx4

Harga RM 70.00 ( 1 unit )

Mufti Perak Menerima Cenderahati Plaque Harrylabu!!


Alhamdulillah..usahawan mana yang tidak gembira dan suka, andai barangan niagaan, usahanya sampai ke tangan pihak VIP dan sewajarnya.

Kali ini, plaque harrylabu disampaikan kepada Mufti Perak, Sahibul Samahah Tan Sri Dr Harussani bin Zakaria.

Secara tidak langsung, ini memberi lebihan kredit pada hasilan kraftangan Harry Maju Labu Sayong.

Pada syarikat-syarikat, organisasi, pihak sekolah dan lain-lain yang berminat dengan plaque cenderahati harry labu, sila hubungi saya di 012-539 1776 (harry)

Tuesday, November 17, 2009

Sentuhan Pena Ezrie Halfie: Palestin Aku Bermimpi


Malam ini

Aku bermimpi lagi

Obor api menerangi

Bumi suci lagi diberkati



Cahaya kemenangan di horizon timur

Tidak pantas ia kusam

Laungan takbir gegak gempita

Pecah sunyi hening subuh



Air mata nan jernih

Darah syuhada yang mewangi

Hawa badai kasturi

Cinta ku bersemi di Palestin



Malam ini

Aku terjaga lagi

Sepi nan syahdu

Remuk rabak nurani

Aman Palestin mimpi sunyi

Silih waktu berganti hari

Wednesday, November 11, 2009

Aku, Air dan LABU SAYONG




Tahukah anda?

Banyak jenis dan fungsi/masalah pada air yang anda minum?

Jenis Air Yang Diminum: 

Berikut adalah jenis-jenis air yang anda minum dalam kehidupan seharian







air paip


air mineral (Air semulajad)


air RO (Reeverse Omosis)


air paip dimasak


air Alkali


air Suling


air Zam-Zam


AIR LABU SAYONG

Penjelasan Terhadap AIR

air Paip - Memang jelas diketahui buat masa ini dan akan datang, air paip ini tidak selamat di minum. Kegunaan hanya berfungsi di luaran sahaja.

air Mineral (Air Semulajadi) - Air yang telah ditapis segala kotoran yang ada padanya. Bertindak sebagai aktifator dalam peranan enzim dan hormon seperti kerangka tulang, gigi dan otot-otot. Lebih di kenali sebagai air semulajadi.

air RO (Reverse Omosis) - Adalah air yang paling kosong (air mati) iaitu tiada sebarang mineral dan zat.

air Paip Dimasak - Hanya bertindak menghapuskan kuman. Walaubagaimanapun, air paip yang dimasak masih tidak dapat menghapuskan klorin dan karat.

air Alkali - air yang mempunyai nilai pH lebih daripada 7.pH. Untuk pengatahuan anda, pH adalah unit ukuran keasidan atau kealkalian yang bermula dari 0 di bahagian asid kepada 14 di bahagian alkali.

air Suling - air yang telah di wapkan hasil daripada pemanasan ke tahap mendidih

air Zam-Zam - Khasiat yang banyak dan tidak terungkapkan!  Untuk pengetahuan ringkas anda, air zam-zam tidak mempunyai mineral ferum seperti yang terdapat dalam air biasa(ferum boleh menyebabkan kanser)dan mempunyai nisbah kalsium yang kecil (kalsium yang banyak juga akan memudaratkan)

Air Labu Sayong - Bertindak semula jadi menjadi air anti-oksidan, kaya dengan alkali dan mineral. mampu mengasingkan/menapis karat yang terdapat dalam air. Bertindak menyejukkan sistem tubuh badan.(berfungsi seperti air cap Badak). Suhu air yang terdapat pada Labu Sayong boleh menurun sehingga 20oC di bandingkan dengan suhu Malaysia 28oC ke atas. Afiatnya masih bersifat subjektif namun dipercayai dapat mengurangkan demam dan batukDikenali dengan AIR BERTAPIS SEMULAJADI.





Wednesday, November 4, 2009

Plaque' Cenderahati


Harrylabu bertambah maju setapak apabila menghasilkan produk terbaru dipasaran.Plaque cenderahati yang berkonsepkan Malaysia.


Dahulunya, cenderahati menggunakan labu sayong (seperti gambar) hanya beredar di sekitar Perak sahaja. Kini ianya telah menembusi pasaran luar dari negeri asalnya.


Plaque cenderahati ini sesuai untuk syarikat, organisasi, jabatan kerajaan dan swasta menempah dalam kuantiti yang banyak.


Semasa lawatan rasmi wakil General MINDEF (Pertahanan di K.L) ke Afrika Selatan, beliau telah menempah sebanyak 500 unit untuk di berikan kepada Duta Afrika Selatan sebagai cenderahati dari Malaysia.


Pada anda di luar sana, perkenalkan Malaysia melalui cenderahati, ubah gaya cenderahati dari bingkai gambar, plaque besi dan seumpamanya kepada produk Harrylabu.


Disamping cenderahati yang menarik, dapatlah juga promosi untuk Negara Malaysia yang tercinta..


RM 27.00 sahaja (1 Unit)

Thursday, October 15, 2009

Logo Rasmi Harry Labu



Logo ni adalah rasmi..Jadi, ingatan pada syarikat2 or kompeni2 yang cuba-cuba hendak meniru design daripada Harry Labu, kalau xnak kene saman, baik jgn buat hal..!! 

Stor Pemprosesan Harry Maju Labu Sayong




Inilah gambaran stor tempat pemprosesan aneka jenis labu..di bekas acuan labu tersusun atur dengan kemas, mengikut jenis dan saiz

Manakala,labu-labu putih di atas pula adalah labu yang baru di keluarkan di dalam acuan.Pendek cerita, belum kering lagi..

labu-labu seperti di atas akan di masukkan ke dalam peti pembakaran.

Thursday, September 3, 2009

Dapur Pembakaran Labu



Pada anda yang tidak pernah dan ingin mengetahui bagaimana labu, pasu, tempayan dan seangkatan dengannya diproses, inilah dia .

Tempat ini di panggil dapur pembakaran. Labu akan di masukkan ke dalam sehingga penuh..kemudian akan dibakar selama beberapa jam..bergantung pada kuantiti, size dan kelembapan labu tersebut.

Hanya orang yang mahir sahaja yang berkemampuan menguruskannya. Ini kerana, sebagai contoh jika labu air (labu sayong) hendak di masak di dalam dapur, ianya perlu mempunyai tempoh tertentu, jika tidak cukup masak, labu tersebut akan mudah retak. Jika terlebih panas suhunya, ia akan mempunyai kesan hangit..

Harry Maju Labu Sayong mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menguruskan dapur ini. Untuk pembeli dan para pembaca, jangan lupa mendapatkan koleksi labu dari kami di pasaran. Eksklusif untuk anda yang eksklusif dari harrylabu.



Labu Saduran Warna Berus Tangan



Labu jenis ini menggunakan berus tangan untuk mengecat..nilai harga dan estetika dia dikirakan lebih tinggi dari labu yang menggunakan cat semburan (spray)

perbezaan warna semburan dan warna tangan ialah:

warna semburan lebih berkilat, manakala warna berus tangan seakan antik.
warna semburan licin manakala warna berus tangan seakan saduran
warna semburan untuk kuantiti yang banyak dan biasa, warna berus tangan untuk eksklusif..

walaubagaimanapun, terpulang kepada pembeli, sama ada mahukan labu bewarna semburan, ataupun bewarna tangan..

Harga Labu di atas : RM 75.00 beserta lampu

Mesin membuat labu



30 tahun lampau hingga lewat 90an, mesin ini digunakan untuk membuat labu. Pedal akan di tekan menggunakan kaki. Manakala piring di atas tu akan berpusing-pusing. Labu diukir disekeliling.Dipendikkan cerita,maka terjadilah labu mengikut kehendak pembuatnya..

Pada masa kini, ianya tidak digunakan lagi. Kaedah bekas pasu atau acuan digunakan sebagai ganti.Mesin ini mungkin sesuai untuk masuk ke dalam museum negeri.



Thursday, July 30, 2009

Labu Dugong Estetika


Labu jenis ini sesuai di letakkan di hujung sudut rumah anda, jika anda yang meminati warna antik dan klasik, sofa dan perabot daripada kayu jati, labu jenis ini sesuai untuk digandingkan bersama dengan koleksi hiasan rumah anda..Tengok bentuknya sahaja, sudah tahu ianya barangan yang ternilai..Dijual di Singapura pada harga $130.00.Di Malaysia, harry labu hanya menjual dengan harga tempatan sahaja..

Warna Elegant

Harga RM 120.00 seunit

Tuesday, July 21, 2009

Siri Sastera Moden: Ramadhan Datang Penuh Dengan Cinta


Ramadhan datang penuh dengan cinta, jutaan tempayan ( labu air)  menanti dengan senyuman. Beragam terpaan angin mendatang langsung tak bergetar. Alas yang tak kuat, menggoyang hendak jatuh ke dataran. tempayan yang kosong, hanya mampu bertahan sekejap. Bergetar, lalu pecah ke asalnya. Terhampar, berserak dan luluh tiada bentuk. 

 Tengoklah sejenak tempayan (labu air) yang memiliki isi, tergetar dalam terpaan angin tak diundang. Namun ia mampu bertahan. Isinya membuat jasadnya yang rapuh mampu bertahan dan berdiri tegak.

Bulan penuh cinta, mengisi tempayan (labu air) kosong untuk sentiasa kukuh berdiri. Cinta yang tersebar lewat udara. Membawa zarah-zarah yang menyejukkan jiwa. Tempayan ( labu air) yang terpakai isinya kembali penuh dan siap digunakan. Akan tetapi isinya tak serta merta dapat digunakan. Ada orang memperihal, isi tempayan ( labu air) yang agak lama akan lebih segar terasa dan banyak manfaat. Kerana bentuk-bentuk sekitarnya yang menjadikan ia lebih bermanfaat dalam rasa yang berbeda.

 Bulan penuh rahmat, menjadikan tempayan ( labu air)  itu penuh kasih dan sayang. Terbuka untuk diisi dan siap digunakan demi manfaat. Baik yang baru terisi ataupun yang agak lama terisi. Semuanya berlumba menampilkan tampilan terbaiknya. Mengharap penuh barakah dan rahmat bagi manusia. 

 Sesaat tempayan ( labu air)  mengering, terjemur matahari yang menyengat kering kontang. Namun ia tetap sejuk dan dingin karena isinya yang penuh. Siapa saja yang bertandang pasti menemukan kesejukan. Meski terbuat dari bentuk yang rapuh, namun jika ia terisi penuh ia akan kukuh bertahan. Meski ujian angin dan hujan badai menerpa…

 Tempayan ( labu air)  adalah hati kita, yang terpakai isinya setiap saat dalam helaan nafas kita. Hati yang mencerminkan keadaan jiwa seorang insan. Tubuh yang rapuh jika memiliki hati yang kuat ia akan mampu berjuang dan melakukan beragam hal yang manfaat. Tak ternistakan perjuangan para sahabat ketika berjihad melawan kaum  kafir, dengan jumlah yang minima mereka mampu melawan dan mengalahkan para kaum kafir, semua tentu terjadi atas kekuatan hati mereka dalam keimanan kepada Dzat termulia. Ramadhan selain bulan untuk berjuang juga bulan mengecas ruh dengan semaksima mungkin. Muhasabah diri demi meningkatkan kualiti keimanan dan amalan soleh menjadi isi bagi hati kita. 

 Hati yang penuh dengan keimanan, akan terasa sejuk meski ujian menerpa. Mampu bertahan dengan kekuatan yang ada. Sentuhlah tempayan( labu air)  yang terisi apapun itu, baik air ataupun tanah… ia akan terasa dingin dan tak mudah goyah. Jika berisi air ia akan terasa segar, jika berisi tanah ia mampu menjadi tempat tumbuh makhluk Allah yang lain. Semoga hati – hati kita tak serapuh tempayan kosong, namun kukuh dan semakin kuat karana ia terpelihara oleh alam dan ujian yang terlihat lewat kacamata keimanan.

 Ramadhan penuh makna, ramadhan penuh cinta, ramadhan penuh berkat dan rahmat, ramadhan penuh keajaiban, akankah terlewat dengan tempayan yang terus kosong???

Thursday, July 16, 2009

Siap untuk di hantar ke HOTEL


Labu-labu (type pasu dan lampu) di gambar ini ready untuk di masukkan kedalam lori untuk di hantar ke Hotel.

lihat warna dan rekabentuknya sudah tahu, pasti eksklusif dan menawan.Harganya tidak terlalu mahal, bagi resort sederhana mewah dan hotel-hotel, harga pasu yang ditawarkan seperti gambar di atas bermula dari RM130.00 hingga RM300.00 sahaja..

Untuk mendapatkannya, sila hubungi Harry Maju Labu Sayong 012-5391776 (harrylabu)


Terkini dari harrylabu

Harga RM 45.00 sahaja

Sentuhan halus dan mewah.Hanya yang terbaik untuk anda daripada kami.

Labu Silinder 15 CM


Harga RM 5.50 (untuk 500 unit tempahan)

Labu silinder jenis ni agak besar sikit..terdapat berbagai pilihan dan juga corak.Warna versi eksklusif.Mungkin sesuai untuk letak bekas pen atau  ashtray rokok.Terpulang kepada kreativiti anda masing2.

Wednesday, July 15, 2009

Surat Rasmi Untuk Berpoligami



Suami bin Lelaki

81, Bukit Mahkota , 

Bandar Bru Bangi 
Selangor. 


Isteri binti Perempuan
81, Bukit Mahkota , 
Bandar Bru Bangi 
Selangor. 

1 Julai 2009 

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalamorganisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada
isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan
penerima. Kalau anda berani dan tak takut mati,cubalah....

Tuesday, July 14, 2009

Coretan Sastera: Persisma Idealisma dan Delima


Kipas usang bilik tersebut berputar dengan bising. Habuk berterbangan merata-rata. Bau hapak dan berdebu menusuk hidung Salman. Pastinya, sudah lama benar bilik ini tidak digunakan. Salman melangkah lemah menuju ke meja yang berada di tengah-tengah bilik, lalu duduk di atas kerusi plastik yang dilapisi debu dan habuk yang tebal.

Hampir lima minit, Salman memeriksa jam tangan lapuk warisan bapanya, sebelum seorang lelaki berbadan tegap bermisai kontot, barangkali lingkungan awal 40an, memasukki bilik tersebut dan mengambil tempat di hadapan Salman.

"Assalamualaikum," ucap Misai Kontot.

"Waalaikumussalam."

"Bagaimana rutin harian kau hari ini?" Kau, relaks, tidak perlu formal, seperti rakan sebaya. Misai Kontot melakar bentuk 'perbincangan' mereka hari ini. Ada pegawai yang akan berbahasa formal, ada yang berbahasa kolokial, ada yang menggunakan dialek. Masing-masing mempunyai motif mereka sendiri untuk belaku sedemikian.

Salman ketawa kecil. "Mengapa pula kau hendak tanyakan pada aku? Bukankah rakan-rakan kau di tempat ini yang mengarang rutin harianku? Kau berkata-kata seolah-olah pendapat aku ada nilai pada orang-orang seperti engkau."

Misai Kontot sudah bersedia dengan respons Salman. Gaya Salman yang yakin tidak mengganggu rancangannya. Sudah bertahun-tahun dia bekerja di Pusat Tahanan Perlindungan dan bertemu dengan pelbagai ragam tahanan.

"Ah, kau pesimis. Terlalu pesimis. Kehadiranku di sini sebenarnya memang untuk menduga pendapat dan pandangan engkau." Buku 555 kecil bewarna kuning luntur diletak di atas meja. "Salman, engkau meminati sastera?"

"Sastera?" tanya kembali Salman. "Ada juga aku cuba membacanya. Sastera tempatan, sastera Indonesia mahupun sastera antarabangsa. Namun mungkin daya intelekku agak terhad, kerana aku jarang dapat menghabiskan buku-buku sastera yang bersepah di rumah. Bapaku minat karya Achdiat Kartamihardja, Shahnon Ahmad, namun aku mendapatinya sukar untuk ditafsir dan dibaca. Aku bercita-cita membaca karya-karya Albert Camus, Jean Paul Sartre dan Goethe,
namun belum berjaya."

"Jadi sastera klasik pun bukan menarik minat kau?" Misai Kontot mengeluarkan sekotak Malboro berisi separuh berkedut seribu dan dinyalakan sebatang rokok yang terus disumbat kedalam mulutnya. Dengan berisyarat, Salman ditawarkan juga peluang menikmatinya, tetapi
Salman menolak.

"Tahulah aku sedikit sebanyak. Namun belum pernah rasanya aku habis membaca hikayat-hikayat klasik di dalam bentuk aslinya."

"Apa-apa pun," kata Misai Kontot, "Pasti kau sudah tahu pertarungan lagenda Hang Jebat dan Hang Tuah?"

Sememangnya Salman menduga soalan itu akan timbul. Pengalaman-pengalaman mangsa yang lepas, termasuk apa yang digarap oleh Rehman Rashid di dalam A Malaysian Journey mendedahkan bagaimana psikologi dan pemikiran para tahanan dinilai dari respons mereka mengenai dua tokoh lagenda Melayu klasik tersebut. Salman mengangguk.

"Jadi, antara Jebat dan Tuah, siapa yang engkau fikir betul? Adakah engkau peminat Jebat atau Tuah?"

Mungkin dengan gaya seorang filosuf, Salman menggaru-garu beberapa helai janggutnya, sebelum bersuara.

"Aku tidak merasakan Tuah betul, kerana dia seorang apparatchik Melayu yang stereotaip, kesetiaannya kepada Sultan mengatasi perasaannya terhadap ketidakadilan terhadap dirinya sendiri, mengatasi semangat setiakawannya dan imannya. Dia tidak punya pendirian, cuma tahu menjadi boneka mainan raja yang setia menurut perintah dengan menololkan dan menghaprakkan dirinya."

"Engkau idealis…" kata-kata Misai Kontot dipotong oleh Salman.

"Nanti dahulu, aku belum habis menyuarakan pendapatku. Tidak pula aku menyokong Jebat membuta tuli. Dia merampas gundik-gundik Sultan yang dijadikan wanita memuaskan nafsu dirinya pula. Matlamatnya murni, caranya silap. Mungkin tindak-tanduk Tuah dan Jebat mempengaruhi Nicolo Machiavelli untuk mengarang The Prince atau kelakuan Otto Van Bismark dengan ideal realpolitiknya, yang menjadi kiblat pemerintah-pemerintah hari ini."

Misai Kontot tersenyum sinis. "Jadi engkau mengambil jalan tengah? Engkau tidak punya pendirian mengenai isu ini, sedangkan kau bersemangat benar mengkritik segala-galanya."

"Simpatiku ada pada Jebat. Tindak- tanduknya adalah anti-thesis kepada budaya bangsa Melayu waktu itu, yang terlalu menekankan kesetiaan buta kepada pemerintah. Aku kagum keberaniannya, aku berkongsi perasaannya. Tetapi di dalam konteks aku, aku melihat tindak-tandukku harus dilatarkan kepada kerangka imanku, kerangka pendirianku. Aku tidak sanggup
membunuh untuk merealisasikan matlamatku."

"Jika begitu pandangan engkau," Misai Kontot mengembuskan asap tebal ke ruang diantara Salman dengannya. "Mengapa kau sanggup mempertaruhkan masa hadapan kau untuk terlibat di dalam aktiviti subversif? Kau sepatutnya tumpukan perhatian kepada pelajaran, suarakan pendapat menerusi saluran-saluran establishment, bukan melibatkan diri di dalam tindak-tanduk anti kerajaan."

Salman ketawa berdehak-dehak. Ketawanya makin menjadi-jadi hingga matanya berair kerana terlalu kuat ketawa. Misai Kontot mencebik muka dan hendak mengherdik Salman apabila Salman tiba- tiba bersuara sekali lagi. "Kau tahu, aku sedih dan kelakar. Sedih dan kelakar kerana punya orang-orang berfikiran sempit menggerakkan jentera negara. Orang berfikiran sempit yang kononnya berkhidmat untuk rakyat."

"Bukan berfikiran sempit," bantah Misai Kontot. "Tetapi realis. Aku bukannya merasakan tindak tanduk pihak pemerintah seratus peratus betul, namun aku sedar perubahan hanya dapat dilakukan dari dalam. Aku tidak sanggup mempertaruhkan kesatuan bangsa, keselamatan negara dan kestabilan politik untuk menegakkan pendirianku."

"Dan pada masa sama melacurkan keadilan dan kebenaran rakyat?" Salman bertanya dengan penuh semangat.

"Aku tidak nafikan, mungkin ada sedikit- sebanyak ketidakadilan di negara kita. Tetapi kosnya sedikit jika dibandingkan dengan dasar-dasar progresif dan berwawasan yang dilakari pihak pemerintah. Kau mahu menyalak bising mengenai seorang dua individu yang menjadi mangsa sistem, sedangkan masyarakat keseluruhannya mendapat manfaat yang banyak. Kita tidak dapat memuaskan hati semua, Salman. Jangan engkau terus dibuai mimpi-mimpi kosong tersebut, negara utopia dimana semua dasar dapat diterima rakyat adalah negara mustahil didirikan."

"Kau tersilap, aku bukan idealis buta yang tidak berpijak pada realiti. Aku tidak bermimpi! Aku tahu tentang kenyataan! Individu penting. Sanggupkah engkau menjadi individu yang menjadi korban sistem tersebut? Tidak bukan? Masyarakat dibina dari unit-unit individu. Tiada sesiapa wajar menjadi mangsa sistem!"

Misai Kontot menumbuk meja sehingga mengejutkan Salman. "Engkau bodoh! Apa yang engkau tahu? Kau lahir di dalam keluarga kelas pertengahan, yang lahir hasil dasar-dasar pemerintah. Kau dari golongan borjuis, dan engkau mendabik dada tentang perjuangan. Aku dari keluarga susah, bapaku peneroka di ladang Felda, dan aku tahu apa erti kesusahan. Sudah banyak kali aku bertemu orang-orang seperti engkau - borjuis, mewah, muda dan idealistik. Konon membela rakyat, sedangkan orang-orang poseur seperti engkau tidak tahu apa itu erti menjadi rakyat marhaen seperti aku! Idealisme, perjuangan -semua itu untuk golongan-golongan haprak yang mudah lupa seperti engkau. Aku mengerti akan jasa-jasa pemerintah, aku tahu bersyukur!"

Meskipun sedikit terkejut dengan gaya Misai Kontot yang sudah berapi-api, Salman tetap bersuara. "Ya, aku borjuis. Tetapi ramai rakan-rakanku, yang juga idealistik, yang juga mempunyai tassawur seperti diriku, yang berasal dari desa, dari marhaen. Ya, keluarga kau mendapat manfaat dasar-dasar pro-marhaen dan pro-desa yang dipraktikkan tahun-tahun 70-an dahulu. Ketika itu negara kita, meskipun tidak sempurna, menghormati undang-undang. Keluhuran perlembagaan dipegang kukuh.Tetapi bagaimana kini? Betapa banyaknya tanah-tanah Felda menjadi habuan buat pemodal-pemodal bangsat yang merompak peneroka-peneroka? Betapa begitu ramai penoreh-penoreh getah di estet-estet menerima upah yang sangat menyedihkan,dan tinggal di dalam keadaan yang cukup memalukan? Mana erti wawasan yang engkau warwarkan? Cuba lihat betapa banyak kaum pribumi di Sabah dan Sarawak yang hilang warisan mereka, yang hilang tempat pergantungan mereka kerana dasar-dasar pemerintah yang engkau pertahankan itu. Aku melihat jauh melangkaui propaganda-propaganda murahan kerajaan. Kini era persejagatan, rakyat semakin ramai akan bertanya. Dan semakin ramai rakyat bertanya, semakin desperado taktik pemerintah demi survival mereka. Orang-orang seperti aku - mahasiswa yang kerdil, turut ditakuti! Dan syukurku aku simpan pada Ilahi. Ya, aku berterima kasih kepada pemerintah atas jasa-jasa mereka, tetapi terima kasih bukan ertinya aku buta!"

"Ah, buang masa aku dengan engkau!" Misai Kontot mendengus kebengangan. Beliau memicit rokok yang masih berasap di atas meja kayu usang dan bangun meninggalkan kamar tersebut. Mukanya merah padam, marah dan malu. Egonya tercabar. Beliau telah menahan tokoh-tokoh ugama, politikus-politikus berpengalaman dan aktivis-aktivis yang sudah berumur, namun belum yang begitu bersemangat bertekak dengannya sebagaimana Salman. Inilah ancaman
mahasiswa, fikirnya sendiri. Mereka mungkin muda, kurang pengalaman; namun begitu bersemangat, idealistik. Tetapi mahasiswa-mahasiswa sebelum ini semuanya lemah longlai apabila diserang secara psikologi. Dia memikirkan pendekatan untuk meneutralkan Salman. Bukankah pada akhir hikayat Hang Tuah,Jebat dibunuh jua?

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies