feed it tracks

For Order and Inquiries

Monday, May 4, 2009

Dari Mahasiswa Ke Lapang Ummat

Inilah slogan yang selalu aku bahaskan di dalam pidato dan ucapan aku di khalayak ramai. Rata-rata mahasiswa ( pada zaman aku ) terbelenggu dengan pembelajaran semata-mata. Tidak kurang, ramai di kalangan cerdik pandai ' berteleku' di bilik tidur membaca buku. Dengan harapan mereka ini akan mendapat dean awards. Bangga mendapat dekan dan di puji sebagai mahasiswa pandai, rajin dan selayaknya oleh pensyarah.

Aku juga pernah mendapat Dekan namun, apalah maknanya sijil yang ku terima jika perjuangan dan pengalaman sebagai mahasiswa tidak ku pungut sebaik mungkin di menara gading.

Untuk itu, aku membahagikan antara pelajaran dan berpesatuan.

Begitu juga, di kalangan sahabat alim yang bertafakur di masjid semata-mata. Tidak mengendahkan perkara yang lain. Bagi aku, Islam bukan hanya di masjid.Pemikiran ini telah lama di pesongkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan bertamadun.

Sekarang, aku berada di luar kampus.Pengalaman semasa berada di alam mahasiswa aku praktik sepenuhnya di dunia pekerjaan.

Alhamdulillah, aku kurang mempunyai masalah jika ada event dan tugasan yang di berikan kerana, pengalaman yang ku timba daripada berpesatuan dan berorganisasi dahulu aku manfaatkan sepenuhnya.

Dengan slogan dari mahasiswa ke lapangan umat, dapat di fahami gerak kerja mahasiswa perlulah mengfokuskan dunia dalam dan luar kampus. Program-program yang di atur perlu di susun untuk aktiviti dalam dan luaran kampus. Jika di dalam kampus, program yang di aturkan kebanyakannya bersifat akedemik dan ilmiah, di luar pula lebih berbentuk sosial dan kebajikan.

Mudah-mudahan, aku akan mempunyai pelapis yang lebik baik dan aktif untuk memperjuangan wadah Pro-mahasiswa di arena negara,menjadi cetukan ke arah Malaysia baru, dari Mahasiswa ke Lapangan Ummat..

0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies