feed it tracks

For Order and Inquiries

Wednesday, May 6, 2009

siri cerpen kreatif: ahh..masa itu berlari meninggalkan aku



ahh..masa itu berlari meninggalkan aku.

Masih aku teringat tempat bermain dahulu, sewaktu petang, akan keluar bermain dengan kawan-kawan.

Tidak kira permainan apa,sebutkan saja, tuju selipar, lari berganti, rounders, galah panjang, bola beduk,semuanya aku bermain. Tidak terfikir apa akan jadi 10-20 tahun akan datang.Yang di ingati, kene score upsr dan masuk asrama.

ahh..masa itu berlari meninggalkan aku.

Teringin rasanya hendak aku bermain-seperti zaman kanak-kanak.Ingatan aku masih kuat untuk reverse ke belakang.Masih aku ingat bagaimana cara hendak bermain permainan seperti dulu.Kalau rounders, pukul bola tenis ngan kayu yang raut hujungnya untk mudah memegang dan memukul.Bilangan bola 3 kali je boleh baling..dapat pukul bola tu..pukul sejauh-jauhnya kemudian lari keliling padang.Alamat kalau lawan dapat menangkap bola tenis tu sebelah tangan, satu geng out! kalau 2 belah tangan..satu round habis. Aku ingat aku pernah buat bola tanggung,pastu member aku ni azzam ( al-fatihah buat arwah) selumber je sambut sebelah tangan. Habis kalah team aku.Member-member lain berangin je dengan aku..haha.

Begitu juga dengan permainan tuju selipar, set baling sampai 3 kali pastu jatuhkan selipar yang di susun piramid.

Papp!! bila selipar yg di tuju kena, masing-masing bertempiaran lari.Syarat nak tuju selipar dekat lawan, tak boleh pakai selipar jepun! kalau kene selipar jepun tu kat kepala, mau pening di buatnya..

Oh, terlalu indah dan seronok jika di kenangkan masa dahulu.

ahh..masa itu berlari meninggalkan aku.

Aku melihat kanak-kanak bermain rubber pemadam. Mereka menolak-nolak rubber pemadam tersebut dengan jari telunjuk dan berusaha menindih pemadam lawan mereka.Siap ada set permainan plak tu. Kalau 5 kali kene tindih, alamatnya kene serahkan pemadam tersebut pada yg menang. Aku hanya tersenyum melihatnya.Teringat aku, aku mengenali permainan ini pada awal tahun 1993!!Cuba bayangkan sekarang ni tahun berapa.Masih ada lagi kanak-kanak bermain.Entah-entah, permainan rubber pemadam ni mungkin telah wujud sebelum tahun 1993.

Kanak-kanak di depan rumah aku masih bermain permainan tutup tudung tin botol..aku pun masih ingat juga nak main tudung tin ni.Tapi nak buat skill bila keretapi, jamban, bunga..dah tak berapa hustler la kot..

Satu permainan yang aku tidak nampak anak-anak bermain sekarang ialah tali getah!!

Memang langsung aku tak nampak..Masa aku bersekolah waktu petang dahulu, sebelum masuk kelas, dah ada dua 3 group main tali getah. 

Zero point!

One Point!

hanya itu je yang aku ingat..

Sayang, permainan menarik seperti ini telah di telan zaman..

ahh..masa itu berlari meninggalkan aku.

Suatu ketika aku pernah lama tak balik kampung! 

Harap-harapnya kawan-kawan aku tau kenapa aku tak balik kampung.Bukan saja, cuma tak lalu aku balik kampung dengan keadaan rumah yang sunyi...paham-paham aje lahJika balik pun, aku akan pastikan member-member yang ngan ngan aku ada kat kpg baru aku balik. Dah ada member, lepak umah dia tidor sampai buat macam rumah sendiri plak ( sori ahChai!). Ada orang kata, berkawan biar seribu..Namun aku menolak pepatah tersebut!

Bagi aku, mutiara sebiji lebih beharga daripada sepadang pasir..Begitulah analoginya dalam hidup aku pabila memilih kawan.Ada juga kawan-kawan kampung yang hu..sana,hu..sini.Aku tetap berkawan dengan mereka tapi sekadar kawan jela.Ngikut tidak sekali.

Masa umur 17 paling best sekali rasanya dalam hidup aku.Gila-gila remaja time tu la.Semuanya naik tocang,nak bela rambut panjang, hisap rokok, cari awek, layan musik, gi town Ipoh.Time tu la pun kalau nak sengal-sengal ubi.

Sekarang ni, aduhh..begitu kuat masa berlari meninggalkan aku.Rasa macam semalam baru je aku naik bas reliance gi ipoh,lepak kat yik fong main game "bodo-bodo" ( bukan bodoh ye). 

ahh..masa itu berlari meninggalkan aku.

Aku dah pun menjejak kaki ke luar negeri.Seronok kat tpt orang, seronok lagi rasanya kat tpt sendiri. Duk kat luar ngri asyik terkenang aje kat kampung.Kampung aku tu bukan ada pembangunan sgt pun. Yang ada pun, mgkin pembangunan jiwa aku kot.Ada sentimental value kat sana.

Adakalanya, selepas bosan di tengah kota dan kerja, aku akan pulang ke kampung, Sg Siput Perak. Sepanjang perjalanan ke kampung, aku memerhatikan sekeliling telah berubah.Fikiran aku cuba mengingat kembali suasana dan tika aku menunggu bas sekolah, jalan-jalan yang kulalui,tempat yang pernah aku singgah dan lepak-lepak.

Di sebelah kiri, aku memandang banjaran bintang..banyak yang telah berubah.Pokok-pokok getah yang telah tua di tebang, di gantikan dengan anak-anak pokok yang baru.Di sinilah, boleh di katakan hampir setiap minggu akan dan kawan-kawan, nasae, ashaari, ajib, sidek din, milo, am jason, koen, ali dan kerol bermandi-manda. Air terjun kat sini di namakan air terjun sungai buloh.Ianya tinggi dan dalam.Kadang-kadang tu, sebelum aku meloncat dari batu, aku mengucap dulu dan membaca ta'awuz.Mana la tau kalau jadi apa-apa.

Desakan pembangunan di kawasan itu menjadikan hutan terpaksa berkorban dan mengalah demi sekelumit manusia berkepentingan. Bukit-bukit di sana ada yang di ratah, menjadi gondol, dan terdapat hutan batu di gigi jalan.Sekarang ni, aku pun tidak pasti masih adakah lagi jalan untuk ke sungai tersebut,jalan lama mungkin telah terkambus..rasanya kanak-kanak zaman kini tidak tahupun rahsia yang tersurat di sebalik bukit-bukit di banjaran bintang.

ahh..masa itu berlari meninggalkan aku.

Kata orang, kalau mencari isteri, biarlah mati di pangku ribaan.Tapi kalau mencari kawan, biarlah jenazah kita akan tolong di mandi dan di kapankan..begitulah nilai-nilai hidup di dunia ini.

Dah berumur macam ni,tunggu raya jela baru dapat bersua ngan member-member. Sekali jumpa pasti banyak perkara di bincangkan. Semuanya menggamit memori indah untuk disimpan.

.

Orait geng! tunggu tahun depan, aku datang beraya kat kampung berempat..jajajaja-gelak sopan( pinjam gelak koen)

Rantaian Persoalan Hidup Kita..

Dalam kehidupan ni, ada beberapa persoalan yang kerap di tanyakan pada seseorang semanjak lahir sampai mati.Aku rasa korang mesti akan lalui perkara yang sama.

Dari Lahir-Dapat anak laki ke pompuan?

Dah Lahir-berapa umurnya sekarang ni..

Kanak-kanak sket-Darjah berapa kamu ni?

Separa cukup Umor-Upsr hang dapat berapa?

Dah tingkatan-Sekolah dekat mana..

Pastu-PMR dapat berapa ( ehem-ehem!)

Pastu pulak-Spm dapat berapa A ( tanya A aje? yang A berdengung xtanya)

Besor sikit-Matrik mana,poli mana,U mana..

Habis study-Keje apa sekarang?

Lewat Remaja-Ko ni bila nak kawin

Alam berduet-Anak berapa sekarang ni..

Kemudiannya akan terus persoalan rantaian bermula anak laki ke pompuan n begitulah seterusnya..Begitulah roda hidup ini.Bahagia rasanya kan?ops.., bahagia pada hati yang tenang sahaja..

0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies