Terdapat juga khabar-khabar dari pengguna yang labu sayong ini adakala pabila minum air nya, akan berbau tanah..
Maka ini adalah jawapan bagi persoalan tersebut.
Adakah bekas labu yang di beli benar-benar labu sayong atau sekadar nama sahaja?Bekas air labu sayong bukan hanya terdapat di Kuala Kangsar semata-mata, terdapat juga negeri lain yang mengusahakan seperti hulu langat di selangor, kraftangan malaysia Alor Setar dan lain-lain tempat
Jelas kini, bekas labu air daripada sayong benar-benar terpelihara kualiti dan rasa airnya. Ini adalah kerana, bahan mentah ( tanah ) yang di hasilkan untuk membuat bekas labu tersebut adalah daripada tanah liat di gigi sungai!
Berbeza dengan pengeluaran labu sayong negeri lain dan berlainan mukim selain sayong, berkemungkinan besar jika tanah lombong yang di ambil..maka air nya akan berbau.Jika tanah sayur-sayuran, mungkin tidak berbau tetapi kualiti dan warna jelas berbeza.
Kaedah Membuang Bau Tanah Dari Bekas Air Labu
Senang saja..mula-mula basuh bekas tersebut luaran dan dalaman dengan air biasa, jika di khuatiri akan berbau, letakkan air basuhan beras kedalam bekas labu tersebut selama semalaman.Kemudiaannya di bilas bersih..dan boleh terus digunakan dengan mengisi air masak
Selamat mencuba!!
0 comments:
Post a Comment