feed it tracks

For Order and Inquiries

Saturday, May 9, 2009

Siapa Ezrie Halfie..?


Untuk makluman semua, nama ini adalah nama pena bagi aku.Ezrie Halfie adalah aku dan aku adalah Ezrie Halfie.


Pada era aku bergelar mahasiswa, aku pernah menjadi freelance dan menulis secara bebas di mana-mana kolum seperti friendster contohnya.


Adakalanya aku menulis berkaitan politik, gerakan islam semasa dan juga perjuangan mahasiswa. Mahsul daripada penulisan dan komentar yang aku tuliskan, aku menggunakan nama samaran seperti penulis-penulis Malaysia yang lain contohnya Tinta Merah, Faisal Tehrani, Ahadiat Akashah yang turut menggunakan nama pena di dalam penulisan mereka .


Selain daripada ezrie halfie, aku juga menggunakan nama pena Pro-Mahasiswa dan Tinta dari Pro-Mahasiswa.

Apabila menulis sesuatu perkara yang berkaitan dengan politik,mahasiswa cerpen remaja dan sebagainya, maka adalah selamat dan sesuai untuk aku menggunakan nama pena. Ia membawa suatu kelainan.

Setiap karangan dan cerpen yang aku hasilkan, aku percaya akan ada yang membuka dan membacanya.Aku bercita-cita suatu hari nanti, aku akan menghasilkan sebuah buku dengan menggunakan nama pena ini dan aku percaya pada diri, one day aku mampu menulis dalam bentuk sebuah buku.

0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies