feed it tracks

For Order and Inquiries

Sunday, May 17, 2009

Ezrie Halfie Menulis: Kisah Syahdu di Hari Guru





SN Dato' Usman Awang

Guru Oh Guru .................. 
Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat. 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. 

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat. 


Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang 

Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Sudah hampir setahun aku meninggalkan profession guru sandaran. Kali terakhir bertugas sebagai guru di Sek Agama Kota Damansara. Pengalaman mendidik anak-anak ( walaupun time tu aku sesuai di panggil abang ) ni memang menyentuh hati. Adakalanya emosi aku tercabar dan di cabar!! 

Aku rasa, aku satu-satunya cikgu yang kuat merotan murid-murid dengan pembaris. Pembaris kelas aku yang dah patah, aku pinjam pula pembaris dari kelas yang lain. Terpatah pulak pembaris kelas yang aku pinjam.

Patahnya pembaris bukan kerana aku memukul punggung kanak-kanak, tetapi aku memukul meja. Bila budak-budak ni bising, aku ambil pembaris mengetuk meja petanda aku tidak suka keadaan kelas yang bising dan murid-murid diam.

Biasalah kanak-kanak, mereka diam hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Aku pehatikan pula kelas seberang, kelihatan cikgu perempuan berada di meja. Mungkin sedang me' right' buku latihan. Kemudian aku perhatikan pula murid-muridnya. 

Ya Allah,bebudak tu panjat meja, berlari-lari, duduk kat belakang main terup, keluar kelas dan macam-macam di buat. 

Akal fikiran aku memang tidak dapat menerima senario macam ni. Guru di depan, anak murid bermain di belakang. 

Woi perempuan! ape barang kao jadi cikgu, kelas hancur!! 

Bagaimanapun, akal hati dan budi aku merasakan..

Hurm, mungkin cikgu tu  penat dan lali dengan perangai budak-budak tu.Penyabar sungguh cikgu dengan telatah anak muridnya.

Tak makan saman bebudak ni. Eloknya saman punggung mereka tu dengan rotan baru tahu. Tidak tahan dengan gelagat mereka, aku pun dengan gaya garang dan ganasnya, keluar dari kelas.Dari jauh hujung pintu kelas, aku menghunuskan pembaris ( amaran! anda akan di rotan!!) kepada murid-murid tu. Seketika, murid-murid di kelas seberang duduk dan diam di tempat masing-masing.

Aku tersenyum dalam hati, hebat jugak aura aku ni. Boleh sampai ke seberang kelas.. 

Selamat pagi Cikgu..

Assalamualaikum Cikgu..

Kalimah keramat ( cikgu) tidak pernah lekang dari bibir murid-murid sekolah. Kemana sahaja aku lalui, pastinya ada yang memberikan salam dan selamat.

Terkadang, sampai tidak larat aku hendak menjawab salam murid yang comel-comel ini. Jika salam mereka tidak di sambut, aku memberikan senyuman ikhlas pada mereka.

Apabila aku meniti tangga untuk ke kelas, murid-murid ini berlari Adakalanya, aku menegur sambil mengusap kepala mereka ( mengikut sunnah nabi ) " jangan berlari, nanti jatuh" . Dan ada tikanya aku memulas telinga, kalau dah kurang iman dan sabar, murid-murid yang berlari di depan aku, aku panggil mereka..Piaapp!! Piaaapp!! dapat pangkat Koperal.

Sambutan Hari Guru

Pengalaman pertama yang tidak dapat aku lupakan ketika sambutan hari guru. Masa kecik-kecik, aku selalu melangut melihat guru menyanyikan lagu Guru Malaysia. Kini, aku berpeluang untuk menyanyikan lagu favourite aku semenjak kecik lagi. Kami, di kalangan guru-guru berdiri di atas stage.Aku berdiri tegak di barisan hadapan menyanyikan lagu :-

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Hampir saja air mata aku menitis menyanyikan lagu tersebut. . Dibelakang aku, sapu tangan di bahasi dengan air mata oleh guru wanita.Sungguh beerti dan bermakna menjadi seorang guru. Hanya mereka yang berjiwa guru sejati mengerti perasaan yang sebak dan hiba, tatkala menyanyikan lagu tersebut.

Bertambah sendu apabula murid mengucapkan selamat hari guru,ada yang memberikan hadiah sebagai penghargaan.Sebagai guru, walaupun sekecil dan semurah manapun, sebatang pensil sekalipun hadiahnya, amat besar maknanya bagi aku. 

Murid kelas aku berkongsi duit membeli pizza kecil untuk aku. Namun aku tidak memakan kesemuanya, aku hanya makan secubit rasa. Selebihnya aku menyuap makan ke mulut murid-murid aku.Hadiah-hadiah yang di berikan, aku membuka satu persatu. Segala kad-kad ucapan, aku membaca di hadapan khalayak murid kelas aku. Ada yang segan malu apabila ucapan mereka di bacakan, ada juga yang gembira. Itu perkara biasa Terasa perasaan kami sebagai satu keluarga.

Di akhir majlis membuka hadiah, aku memberitahu murid sekelas aku yang aku punyai masa seminggu lagi menjadi guru di sekolah itu,seminggu lagi untuk bersama mereka dan seminggu lagi untuk berpisah.

Aku mengkhabarkan mereka yang aku mendapat panggilan daripada JAKIM-MISDC untuk mengikuti kursus Eksekutif Halal selama setengah tahun.

Anak-anak murid ini seakan tidak mahu melepaskan aku. Kesemuanya mengeluh sedih kerana aku akan meninggalkan mereka. Aku pun tidak pasti mengapa pemergianku memberi kesan kepada mereka.Yang aku tahu, kesemua murid pernah makan rotan pembaris aku!

Dirotan dan di marahi,tidak pula mereka berdendam.Inilah jiwa kanak-kanak yang tidak ada pada orang dewasa.

Di minggu terakhir kelas, aku memakai pakaian khas, suit baju melayu bersamping.Aku meminta murid-murid bergambar kenangan bersama.

Aduhai, masing-masing berebut nak bergambar paling dekat dengan aku. Bertolak-tolak, sampai berpeluh aku di buatnya.

Selesai aktiviti bergambar, aku duduk di hadapan meja.Murid-murid datang bersalaman dengan aku dan memohon maaf.Buku nota dan kertas kosong dihulurkan kepada aku agar memberikan alamat dan kata-kata hikmah, sebagai bekalan untuk mereka mengingati aku.Sekali lagi aku berasa syahdu..

Kini, sudah setahun sejarah ini berlalu.Pada suatu malam selepas maghrib, hp aku berdering menandakan mesej masuk.

aku membaca nama pengirimnya..oh, bekas anak murid aku.Ingat lagi kat aku.

Mesej yang di berikan berbunyi:-

Assakum, cikgu, sorry sebab lama tak call, cikgu apa khabar? Cikgu doakan saya dapat 5A dan Mumtaz dalam ujian besar ni ya.Moga cikgu sihat.Saya nak minta maaf atas dosa saya cikgu.Selamat Hari Guru..Anak muridmu, Tengku ....

Sebagai guru, apakah perasaan anda apabila menerima mesej sebegitu..Hanya mereka bergelar guru sahaja yang mengerti 


0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies