Ramai yang tidak tahu,bukan senang hendak buat labu sayong.Masa pembakarannya sahaja ialah selama 8 jam.Api perlu di kawal, agar tiada yang hangit ( kalau korang tengok korang taula ) dan haba tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Senang cerita, ini adalah step dia..
1. Mengambil Tanah
- mengambil tanah yang sesuai iaitu tanah biasa,tanah pasir dan tanah liat.
2. Menjemurkan tanah
-tujuan mengeringkan tanah-tanah liat yang digunakan. Tanah-tanah liat itu dijemur di bawah cahaya matahari selama dua atau tiga hari.
3. Menumbuk
-tanah yang telah kering ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki.
4. Mengayak
-proses ini bertujuan untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur.
-proses ini juga untuk menjadi tanah liat tadi berbentuk tepung
5. Membancuh
-proses ini mencampurkan tanah dengan air. Bahan yang dibancuh mesti tidak terlalu lembik.
-bahan ini boleh diadun di dalam baldi atau besen.
6. Menguli
Tujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin. Menguli tanah
boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah.
7. Membentuk
Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.
8. Menghias
Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.
9.Membakar
Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.
ha...panjang kan proses dia.Sebab itu ia mahal dan bernilai di buat koleksi.
0 comments:
Post a Comment