feed it tracks

For Order and Inquiries

Saturday, May 9, 2009

Ezrie Halfie Menulis: Selangkah ke alam seram. Hantu Teh BOH!


Sekarang ni terlalu banyak kisah-kisah hantu di siarkan samada media massa dan media cetak. Dalam ketakutan pada hantu, masih ada yang minat menonton dan membaca kisah-kisah seram darinya.


Untuk itu, aku ada cerita hantu yang ingin di kongsi bersama. Cerita hantu ni famous masa aku di asrama dahulu..kebetulan senior-senior aku ni jenis suka menyakat( bergurau), kisah ini menyakat yang paling menyakitkan hati!!


Pada anda di luar sana yang bertugas sebagai guru,fasilitator,atau sesiapa sahaja..cerita seram ini sesuai diceritakan pada kanak-kanak dan si penakut dengan bersyarat!!


Anda perlulah bercerita dengan emosi dan sepenuh jiwa..kalau boleh cerita kepada kanak-kanak atau si penakut dengan suasana malam yang hening, di iringi dengan soundtrack alam yang sesuai( contohnya waktu hujan, kilat sabung menyabung,berbunyi unggas-unggas dan apa jela). Gerak gaya tubuh dan bahasa perlu di lakukan dengan sebaik-baiknya agar tidak dapat di hidu/kantoi oleh para pendengar cerita. Jika ada port yang memerlukan tinggi suara, maka tinggikan lah suara anda sampai pendengar terkejut! Sebaliknya, jika suasana cerita dalam keadaan suspen, buatlah gerakan, mimik muka yang sebaiknya..
Selamat mencuba..


Ceritanya begini. . .jeng jeng jeng


Bermulalah sebuah kisah.Di suatu kampung, tinggal pak karim tiga beranak di sebuah rumah di pinggir bukit yang agak jauh dari penduduk.


Pak karim seorang yang berada.Asetnya berjuta-juta.Mempunyai rumah besar, kereta besar dan bini besar (badan yg besar).Rumahnya tersergam indah di hiasi dengan taman-taman bunga yang bernama taman astakona.


Pintu gerbang untuk masuk ke rumahnya sahaja, samalah harganya dengan rumah kos murah yang di miliki penduduk di sana.


Jarak dari pintu gerbang ke rumahnya sahaja, jika berjalan kaki, 15 minit baru sampai.Di pendikkan cerita, hampir 100 meter jauhnya pintu gerbang dengan rumah.Begitulah luasnya rumah pak karim.


Namun sayang, di sebalik kemewahan pak karim, beliau seorang yang tidak menginfaqkan harta,kedekut,sombong dan kuat meminum arak!!


Pak kasim tidak pernah ke Masjid apatah lagi ke surau.Beliau juga tidak bercampur dengan penduduk kampung yang rata-ratanya golongan sederhana dan miskin.Baginya si miskin hanya tahu meminta,meminta dan terus meminta.


Sikapnya yang teruk dan brutal pak kasim ini di ketahui oleh semua penduduk kampung.
Pernah sekali tuk imam menegurnya yang sedang meminum setin guiness stout secara terbuka di hadapan khalayak ramai..!!


Dengan selambanya, pak kasim menjawab persoalan tuk imam tadi dengan sendawa …eeaargh! Alhamdulillah.


Begitulah kurang ajarnya pak kasim!


Sudahlah tidak menghormati agama, orang beragama seperti tuk imam pun di permain-mainkannya!


Masa silih berganti, hari demi hari, pak kasim masih tidak insaf dengan kelakuannya walaupun tika itu umurnya mencecah 61 tahun. Semakin hari semakin teruk perangainya. Tua kutuk tak sedar diri!!


Maka, di jadikan suatu cerita.Pada suatu petang, pak karim mengadu kepada isteri dan anaknya beliau sakit perut dan kepanasan yang teramat sangat.


Isterinya arif benar dengan sakitnya.Jika pak karim mengadu sakit perut, ini adalah kerana usus dah hatinya telah rosak kerana kandungan alcohol yang berlebihan dalam badan.
Namun, berkaitan dengan panas satu badan, tidak pula di ketahui puncanya dari mana.


Aaarrrgghhh!!!


Pak karim menjerit-jerit macam orang gila.Midah!! panasss..panasss.!!


Itulah perkataan yang di ulang-ulang. Tahulah isterinya, Pak Karim dalam keadaan gering.
Maka di perintahkan pemandu pak karim memanggil sebanyak mungkin orang kampung membacakan yassin kepada suaminya.


Tidak semudah itu bagi orang kampung untuk pergi menziarahnya.Hati mereka berdendam dengan pak karim.


Bagi mereka, biarkan pak karim nazak.Lantaklah kalau mati berulat, tiada siapa yang akan menggali kuburnya,dan tiada yang hingin memandikan jenazahnya.


Berita pak karim dalam keadaan nazak itu di ketahui oleh pak imam dan warga surau.Pak imam mengajak warga surau tersebut menziarahi pak kasim.Mulanya, ahli kariah surau sepakat tidak mahu mencampuri urusan pak karim namun kerana ajakan dan rasa hormat mereka pada imam, mereka sama-sama pergi ke rumah agam tersebut.


Sampainya pak imam dan ahli kariah di rumah tersebut, pak karim telah pun meninggal dunia.
Matanya terbeliak,mulut berbuih-buih mengeluarkan bau busuk.Lidahnya pula terjelir panjang..
Melihat mayat pak karim yang menakutkan itu, isteri dan anaknya tidak mahu menutupi wajahnya.


Puas di suruh pak imam namun, isteri dan anaknya tetap enggan menutupi wajah pak karim.
Akhirnya imam sendiri menutupkan muka pak karim.


‘Ajis, kao tolong uruskan pemandian jenazah ni.Ha, kau pulak leman, cari orang untuk menggali kubur malam ni juga. Biarlah mayat arwah cepat bertemu dengan tuhan. Jangan di biarkan arwah ini lama-lama.’Kata pak imam.


Pak ajis, bilal surau di kampung tersebut mengangguk faham. Beliau mula mengatur langkah untuk memandikan mayat.Bagi leman pula, wajah gelisah terpapar di raut mukanya. Awal-awal lagi beliau telah di beri amaran supaya jangan menanam mayat pak karim di tanah perkuburan.
Bagi penduduk kampung, orang seperti pak karim tidak seharusnya di kuburkan di tanah perkuburan islam. Tanamlah jasadnya di mana-mana pun asalkan bukan di kubur kampung tersebut.


‘begini ceritanya pak imam’.Leman membisikkan kepada pak imam . Pak imam menggelengkan kepala.Sampai hari orang kampung pulaukan pak karim sebegitu rupa. Hinggakan mayat pun tidak di terima.


‘macam nilah pak imam, tanam saja lah di tepi rumah saya” isteri pak karim bersuara memberikan pandangan.


“Boleh ke tanam kat situ pak imam?’ leman bertanya untuk kepastian.


‘ hendak tanam mayat, di mana-mana pun boleh, asalkan cukup syaratnya’ pak imam menjawab.


‘kalau begitu, sekarang juga saya akan mengoreknya..” leman berlalu meninggalkan pak imam dan yang lain.


Jam menunjukkan pukul 11.45 malam. Segala urusan mandi dan mengorek kubur telah siap di lakukan.


Di luar rumah, cahaya lampu di sekelilingya agak terang, jadi ianya memudahkan juga urusan pengkebumian jenazah.


Setelah selesai menyembahyangkan jenazah, pak imam menyuruh ahli kariah mengangkat keranda pak karim menuju ke kubur.


Patuh dengan arahan, ahli surau mengangkat keranda tersebut.


“beratnya,” getus hati Abang Seman


‘weh, apehal berat sangat ni..angkat lah elok2..kata Sahak di depan.


Rupa-rupanya kesemua pengangkat keranda merasakan berat keranda tersebut.


Isteri pak karim mula khuatir..


Pak imam pula menadah tangan ke langit, memohon keampunan kepada Tuhan untuk si mati.
Bergilir ganti membawa keranda pak karim, tibalah masanya untuk di kebumikan..


Upacara pengkebumian dan talkin di lakukan. Alhamdulillah, pak karim selamat di kebumikan. Isterinya menyediakan dua bekas air, satu air mawar untuk di siramkan pada kubur suami, satu lagi minuman teh boh sebagai penghilang dahaga untuk di hidangkan kepada jemaah tersebut.


Serentak habis bacaan talqin. Pak imam menyuruh isteri dan anaknya menyiramkan air ke atas kubur.


Dalam kesamaran malam, isteri pak karim tersalah mengambil bekas air. Air teh boh di cucurkan ke atas kubur suaminya .


“mak, air apa mak siram ni? Anak pak karim melihat warna air tersebut tidak bewarna jernih dan putih.Pada mulanya beliau juga tidak perasan. Barulah isteri pak karim sedari yang beliau salah mencucur air teh di sangka air mawar.


Langit tiba-tiba menjadi gelap..


Thummmb! Kilat memanah kubur pak karim. Kesan dari air siraman tersebut menjadikan tanah mendap kedalam. Secara tiba-tiba juga, asap berkepul-kepul keluar dari dalam liang
Grrr…terasa di tapak kaki isteri pak karim bahawa tanah telah bergoyang.


Penduduk yang berhimpun di keliling kubur tersebut lari lintang pukang di buatnya.Pak imam juga turut berundur sedikit. Namun tanda pucat tetap kelihantan di raut mukanya.Nyaris kekuatan spiritualnya masih kuat dan utuh. Jika tidak, dah lama pak imam angkat kain dan turut blah.


Asap yang berkepul-kepul keluar di iringi bunyi gerakan tanah. Pak imam memberanikan diri menghampiri kubur pak karim.


Tiba-tiba, praggh!!keluar tangan kanan pak karim,melurus ke atas langit mengenggam bagai penumbuk. Ini mengejutkan kesemua yang melihatnya.


Seraya dengan itu, tangan yang kelihatan penumbuk tadi bertukar menjadi good( ibu jari di naikkan) dan kedengaranlah suara pak karim yang berkata..


BOH, ada ummph!

0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies