feed it tracks

For Order and Inquiries

Tuesday, May 5, 2009

Labu Sayong yang ku kenali


Labu sayong telah lama bertapak di Mukim Sayong Kuala Kangsar. Pada awal pembuatannya, kegunaanya hanyalah untuk menyimpan air.

Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan, apabila meneguk air daripada labu ini, terasa sejuk sampai ke tekak!! inilah keistimewaan yang ada padanya.Pada zaman opah aku, diceritakan kepada aku zaman dulu-dulu ni, orang kampung memang minum air dalam tempayan coz sejuk.Maklumlah ketika itu peti ais belum lagi mampu dimiliki sepenuhnya oleh orang kampung seperti sekarang ni.

Khasiat minum air ini memang ada tetapi, kurang dipertengahkan dalam bentuk sains dan penemuan kajian. Yang ada hanya cakap-cakap,dengar-dengar sahaja mengenainya.

Apa yang aku tahu, ianya sesuai di minum oleh orang yang demam sbg ganti air cap badak tu.Kalau batuk-batuk, tak boleh minum ais.Maka air dari labu ini lah sebagai penggantinya sebab ia sejuk.Namun baru-baru ini aku terbaca suatu sumber yang mengatakan air dari labu ini dapat mengurangkan sakit gout!

wallahu a'lam..sejauh mana kebenarannya aku tak pasti.

Hingga kini, belum ada pihak yang benar-benar ingin menjalankan kajian secara serius dan mendalam berkenaan khaisat menyimpan barangan di dalam labu/bekas tanah ini. 

0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies