feed it tracks

For Order and Inquiries

Monday, May 11, 2009

Mengapa Labu Sayong ( kegunaan air ) berbau busuk, bau cat, pahit air dan payau?


Banyak kebarangkalian yang berlaku bekenaan dengan masalah di atas.

Bagaimanapun ini adalah sebahagian contoh-contoh yang dapat saya berikan.

  • Kemungkinan besar Labu Sayong bekas yang di beli hanya untuk kegunaan hiasan sahaja.

  • Untuk pengetahuan anda, Labu Sayong bagi kegunaan perhiasan tidak boleh dijadikan bekas menyimpan air minuman. Ini kerana hampir kesemua Labu Sayong yang dihasilkan bagi tujuan perhiasan kini adalah di 'cat' atau dilakukan pengubahsuaian dengan pembakaran 'diesel' bagi tujuan mencantikkannya lagi supaya berkilat dan menawan.

  • Jika pembakaran labu tersebut menggunakan  minyak diesel, air yang anda isi dan minum akan berbau busuk, atau lebih teruk lagi ianya berbau minyak diesel.

  • Jika labu tersebut berbau dan tidak selamat untuk diminum, jangan pula anda membuangnya. Sebaiknya Labu Sayong jenis ini sesuai dijadikan barangan kraf perhiasan sahaja. Bahkan, air yang diisi tidak berasa segar dan sedap kerana permukaan Labu Sayong menjadi tidak telap air ( disebabkan dicat ) dan air yang diisi tidak boleh bebas berkitar secara semulajadi.

  • Justeru, anda dinasihatkan supaya benar-benar membeli Produk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman di mana airnya sudah tentu sedap dan segar seperti air semulajadi dalam batuan tanah.

  • Dipendekkan cerita, bagi mengatasi masalah di atas berlaku pada anda, silalah membeli barangan labu sayong daripada HARRY MAJU LABU SAYONG. Kualiti yang ada pada kami menjanjikan perkara di atas tidak akan berlaku.

* Nota : Gambar di atas menunjukkan bekas air labu sayong yang di gunakan hanya untuk perhiasan dan tidak boleh di minum kerana telah di letakkan warna padanya

0 comments:

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies