feed it tracks

For Order and Inquiries

Sunday, July 12, 2009

Bagai Pinang Tak Boleh di Belah!!


Walaupun gambar ni nampak serasi macam pinang di belah dua (ewah),merpati dua sejoli, enggang sama enggang dan perbagai lagi bidalan yang boleh di ungkapkan, hakikatnya dia guru bahasa masa aku menuntut di University Morocco dahulu.

Nama guru ni ialah, Khanza Touiel (macamana nak sebut, lu pikir la sendiri!!). Cantik orangnya.Umur mungkin hanya 2-3 tahun tua dari aku.Berdarah arab Morocco.Nak sembang ngan dia kena cakap arab atau cakap france sahaja.Bahasa inggeris yang aku stat study dari umor 7 tahun boleh di buang ke tong sampah!Tak ada maknanya bercakap Inggeris dengan dia coz dia tak paham!

Masa dia mengajar memang fokus habis.Fesyen yang di kenakan padanya ala-ala fesyen remaja.Ramailah yang tertarik.Ada sekali, dia bawa group aku berjalan-jalan, tak terikut aku rentak dia.Punyalah laju jalannya, kalau dia tau aku pancit (kepenatan) time tu, malu besar aku.Bising dia coz aku dengan anep (tokey lintah) jalan lambat-lambat.  

Gambar ni diambil masa jamuan pelajar Malaysia.Kebetulan pakaian aku smart, dia minta bergambar ngan aku.

Aku ni jenisnya bukan suka bergambar dengan perempuan.Tambah-tambah lagi bila bergambar berdua berlainan jenis.Kalao tak caya, tanya la junior aku.Memang tak akan jumpa aku bergambar berdua. 

Disebabkan dia ni lectr aku dan cantik plak tu, maka pelawaan untuk bergambar bersama dengannya aku terima.


 

1 comments:

ok lah tu...memang betul macam pinang tak boleh dibelah dua, belah tiga tak pasti, belah 4 hancur pulak..he..he..tkasih sudi layari blog org P.Pinang..saya pernah cdgkan agar p.pinang ditanam dgn hampir 2000 spesis pokok pinang yg ada di dunia. baru nampak ada kelainan bila mai penang..anda setuju?

Example Qoutation Harry Labu..Click to see it

Goodies