Mungkin di luar sana bertanya secara bersahaja
" Berapa harga tempayan usang ini? Nak jual tak"
oh tidak, tempayan ini sungguh antik dan terlalu bernilai untuk dijual.Getus hati aku
"Berapakah nilainya?" Aku anggarkan ianya bernilai RM 4500.00.
"ish, payah nak dapat ni, ramai dah yang bertanya dan meminta."
"yela, berapa kalau nak jual"
"hurm, harga dalam RM4000 ke atas".
"Baiklah, saya sanggup membelinya"
Pastinya orang yang sanggup membeli dengan harga yang mahal tahu akan nilai tempayan tersebut.
"Maaf encik, saya belum pasti akan menjualnya" Nanti saya fikir dulu.
Mungkin ini antara dialog aku dengan peminat tempayan suatu hari nanti.Buat masa ini aku belum mahu menjualnya kepada sesiapa.Biarlah tempayan ini di sudut rumah.Ada ikan bermain dalamnya.
TEMPAYAN SEBELUM PASCA MERDEKA
Dizaman melayu lama ( sebelum merdeka )dan mungkin juga beberapa tahun selepasnya, tempayan ini berada di tepi tangga.
Kegunaan tempayan ini adalah menyimpan air biasa mahupun air hujan. Tempurung atau kelog ( penyeduk ) air berada di dalamnya.
Sebelum naik ke rumah, perlu membasuh kaki dahulu. Ini sebahagian daripada adat orang kita.Pantang sungguh orang tua bila melihat anaknya meluru naik ke atas tangga ( rumah melayu dahulu kala kebiasaan bertangga dan berkaki )tanpa basuh kaki.
Kini, budaya dan adat yang baik tersebut tidak di gunakan lagi..
Bukan semua rumah melayu dahulu kala mempunyai tempayan seperti ini, Orang-orang lama yang berada dan berkemampuan sahaja yang mempunyainya.Harganya boleh tahan mahal dan berat untuk dipunggah ke mana-mana.
Tempayan ini juga boleh digunakan untuk menyimpan air bersih untuk di minum.Jika minum air dari bekas tempayan ini.Terasa kesejukkannya sampai ke tekak.Memang sedap..
Jika anda ingin merasakan kesejukan air di dalam tempayan seperti ini, bagaikan bermimpi di siang hari. Tempayan ini benar2 hampir pupus di tinggalkan masa.
Jikalau ada yang ingin meminta HARRYLABU ataupun mana-mana kedai kraftangan membuat bentuk sepertinya, berat dan kualitinya tidak akan sama.Mungkin juga airnya akan terasa berbeza.
Ini kerana, tanah yang digunakan untuk membuat tempayan (70 tahun lampau) ini memang benar-benar berkualiti dan tidak terjejas oleh faktor-faktor luaran seperti pencemaran di atas tanah,kotor, berbau dan sebagainya.
Tempayan ini juga boleh digunakan untuk menyimpan beras.Jika beras disimpan di dalamnya, ia akan berbau wangi dan harum!!
Sayang, tiada lagi rumah melayu yang menyimpan beras menggunakan tempayan ini.
Tempayan di dalam gambar ini di letakkan di luar rumah family aku.Ianya agak usang kerana dah lama tidak terusik di manfaatkan.
Bagi anda yang merindukan air sejuk asli daripada bekas (tempayan), silalah dapatkan labu air daripada HARRYLABU. Pasti anda merasakan seperti SEDANG MEMINUM AIR DARI ATAS GUNUNG.
0 comments:
Post a Comment